ERP cecah S$5 di CTE susuli kenaikan kadar di beberapa gantri ekspreswe
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan kenaikan pada kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di lokasi dan waktu tertentu, dengan perubahan itu berkuat kuasa mulai 13 Februari.

(Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan kenaikan pada kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di lokasi dan waktu tertentu, dengan perubahan itu berkuat kuasa mulai 13 Februari.
Langkah itu dibuat berdasarkan pemantauan LTA terhadap keadaan trafik pada Januari lalu, di mana terdapat kesesakan di beberapa bahagian ekspreswe, menurut LTA pada Isnin (6 Feb).
Bagi menangani kesesakan di lokasi tersebut, kadar ERP akan disesuaikan sebanyak S$1.00 mulai 13 Februari, di lima lokasi berikut pada sembilan waktu yang ditetapkan.

Kadar bagi waktu dan gantri yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah.
"Dengan penyesuaian ini, bilangan lokasi dan waktu yang dikenakan bayaran masih rendah berbanding jumlah yang dikenakan sebelum COVID-19," menurut LTA sambil menambah ia akan terus memantau tahap kelajuan trafik dan kadar kesesakan dengan lebih teliti dan menilai jika kadar ERP perlu disesuaikan lebih lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.