Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 'Terbang Tapi Berjalan!' papar keberanian Muhammad Al-Fateh menawan Konstantaniah

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: 'Terbang Tapi Berjalan!' papar keberanian Muhammad Al-Fateh menawan Konstantaniah

Gambar: NLB

Diterbitkan : 23 Oct 2022 05:17PM Dikemas Kini : 23 Oct 2022 05:18PM
BERITAmediacorp: Apakah yang dapat dipelajari daripada kisah perjuangan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople (Konstantaniah)?

Sebenarnya, amat banyak dan mampu membakar semangat membangunkan peribadi pembaca. Ini dapat dicapai dengan memiliki sifat ingin tahu, dorongan yang kuat untuk menggali dan mengkaji, kebijaksanaan menilai dan merancang serta berani berusaha bagi mencapai hajat serta cita-cita.

Tiada sesiapa yang menjangkakan Al-Fateh dapat “melayarkan” 72 buah kapal merentasi bukit dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut bagi menawan kota Constantinople.

Tindakan yang melawan arus logik ini berjaya, berbekalkan keyakinan tinggi mampu melaksanakannya, berpaksi niat murni dan keperibadian pemimpin yang berani yang dibentuk secara berterusan sejak kecil lagi.

Terdapat banyak sekali kisah motivasi yang mendorong pembaca untuk memiliki sifat berani mencapai cita-cita atau mendapatkan kebaikan yang dihajatkan. Namun, tiadalah dikatakan perjuangan tanpa berani menghadapi cabaran termasuk kegagalan.

Ringkasnya, buku yang terbahagi kepada 3 bahagian utama – Berani Bercita-Cita, Berani Menongkah Arus dan Berani Belajar Daripada Dunia - memuatkan pelbagai kisah dan renungan memotivasikan diri untuk berjaya dengan memiliki sifat berani.

Sifat berani ini penting kerana ia merupakan sebahagian daripada memaknakan diri insan iaitu berdasarkan jiwanya dan bukan pada sifat fizikalnya.

Hayatilah buku yang mudah dibaca dan dihadam kandungannya. Manfaatkan jejak pembelajaran penulis muda ini yang pasti memberi inspirasi kepada pembaca rentas usia!

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg, untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Terbang Tapi Berjalan!
Penulis: Afiq Sazlan
Penerbit: Selangor : Iman Publication, 2016.
Nombor Panggilan: Malay 158.1 AFI
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan