Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: ‘Rahsia Sebuah Persahabatan’ tekankan sikap peduli terhadap golongan memerlukan

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: ‘Rahsia Sebuah Persahabatan’ tekankan sikap peduli terhadap golongan memerlukan

Gambar: NLB

Diterbitkan : 03 Dec 2022 02:36PM Dikemas Kini : 03 Dec 2022 04:11PM
BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak memainkan peranan penting dalam menyediakan wadah untuk kanak-kanak membayangkan sebuah dunia yang berbeza serta lebih baik daripada apa yang sedang mereka lalui.

Sastera yang baik berupaya merangsang imaginasi dan mengembangkan pemikiran pembaca, melalui alur cerita serta watak-watak di dalamnya, terhadap segala kemungkinan dan harapan.

Novel kanak-kanak “Rahsia Sebuah Persahabatan” yang ditulis oleh Patimah Jaludin boleh kita golongkan dalam genre sastera ini.

Diterbitkan pada tahun 2022 oleh Caliph Readers, buku ini mengisahkan tentang persahabatan dua orang kanak-kanak lelaki yang dibesarkan dalam lingkungan hidup yang sangat berbeza antara satu sama lain.

Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka saling bantu-membantu dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 11 hingga 14 tahun. Ia sarat dengan tema-tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka berkaitan persahabatan, jalinan persaudaraan antara pelbagai bangsa dan agama, kesan sifat hasad dengki, serta pentingnya membangunkan generasi yang peduli terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg, untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk Buku: Rahsia Sebuah Persahabatan
Penulis: Patimah Jaludin
Penerbit: Singapura: Caliph Readers, 2022.
Nombor Panggilan: J SING PAT
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan