Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 'Perang Makanan' perluas pemikiran, bentuk pandangan hidup

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: 'Perang Makanan' perluas pemikiran, bentuk pandangan hidup

Gambar: NLB

Diterbitkan : 04 Jun 2022 06:11PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 06:36PM
BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak merupakan suatu wadah di mana idea-idea yang progresif dapat dikedepankan demi membangunkan masyarakat yang progresif.

Selain mendidik dan menghiburkan, cerita-cerita yang dihasilkan berpotensi memperluaskan pemikiran kanak-kanak serta membentuk pandangan hidup mereka.

Sastera kanak-kanak yang berteraskan cita-cita kemanusiaan akan melahirkan generasi yang peduli terhadap keadilan dan kesaksamaan, serta merayakan kepelbagaian dan kemajmukan.

Buku bergambar Perang Makanan karya Taqarrabie dapat kita golongkan dalam genre sastera tersebut.

Diterbitkan pada tahun 2018 oleh Kreasi Komunikata, ia mengisahkan pertengkaran antara nasi dan jagung di dalam sebuah panci, menyebabkan masakan bubur Manado terjejas dek keengganan mereka dicampur rata.

Mujur ada Akai, kanak-kanak manusia yang mencelah dan meleraikan pertengkaran tersebut. Oleh kerana Akai seorang pencinta kedamaian, beliau memikirkan cara untuk menghentikan perang antara nasi dan jagung.

Buku ini merupakan sebahagian daripada siri buku KITAKAYA! yang mengajak kanak-kanak merayakan keberagaman melalui cerita fantasi.

Selain cerita dan ilustrasi yang menarik, kekuatan buku ini terletak pada gaya penulisan yang menggunakan rangkap berima untuk menyampaikan cerita, yang merupakan sesuatu yang jarang kita temui di dalam buku bergambar bahasa Melayu.

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Perang Makanan
Penulis: Taqarrabie
Penerbit: Indonesia: Kreasi Komunikata, 2018.
Nombor Panggilan: J P TAQ
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan