Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: Pelbagai kisah mendebarkan dipapar dalam buku ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Pengalaman membaca buku ini mendebarkan!

Bagaimanakah seorang doktor menguruskan operasi menyelamat mangsa kemalangan ngeri bas terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Genting Highlands?

Apatah lagi, hanya 16 mangsa terselamat daripada 53 penumpang yang terlibat. Lebih menakutkan lagi, laporan bedah siasat mendapati ada dalam kalangan yang meninggal dunia berkeadaan “leper”!

Pernahkah kita mendengar tentang kesukaran menguruskan mayat yang tubuhnya mengandungi bahan radioaktif?

Apakah langkah kawalan ketat yang perlu diambil agar mereka yang terlibat dalam pengurusan jenazah itu terselamat daripada kesan sindrom radioaktif akut?

Berbekalkan 15 tangki oksigen, penulis dan anggota pasukan perubatannya perlu mengubah dalaman pesawat tentera menjadi hospital demi menerbangkankan 6 orang mangsa serius letupan lombong arang segera dari Kuching ke Semenanjung Malaysia.

Bayangkanlah cabaran para petugas ini dalam memastikan kesemua mangsa stabil ketika berada dalam pesawat dan seterusnya dihantar ke lima hospital serata negara.

Tiga peristiwa ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi pengalaman perkongsian peribadi penulis, Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, seorang pakar perunding perubatan kecemasan dan trauma yang telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selama lebih 20 tahun.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Bacalah selanjutnya pengalaman beliau menjalankan tugas sebagai doktor ekspedisi para pendaki Everest, menghadapi kes penculikan, kemalangan gas saraf, kejadian letupan dan banyak lagi kisah yang mungkin hanya dapat kita saksikan dalam televisyen.

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Krisis: Setiap Degup Jantung Ada Cerita
Penulis: Alzamani Idrose
Penerbit: Shah Alam, Selangor : Penerbit Universiti Teknologi MARA, 2020.
Nombor Panggilan: Malay 610.695 ALZ -[HEA]
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan