ePustaka: Mencipta Tabiat Belajar Sendiri!
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Bolehkah belajar menjadi sesuatu yang menyeronokkan?
Diterjemahkan daripada Bahasa Korea, naskhah berunsur humor karya Ok Hyo-jin, seorang guru, menggabungkan komik dan teks untuk membantu kanak-kanak mengenali gaya pembelajaran mereka.
Walaupun kisahnya berasal dari Korea, jalan cerita dan watak-wataknya dekat dengan kehidupan dan pengalaman kanak-kanak sejagat.
Buku ini menyentuh pengorbanan ibu bapa demi masa depan anak-anak. Adam dan keluarganya berpindah untuk tinggal berhampiran sekolah yang lebih baik untuknya, satu situasi yang mungkin tidak asing bagi sesetengah keluarga di Singapura.
Walaupun ibunya mula bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan keluarga setelah berpindah, beliau tetap memastikan keperluan keluarga sentiasa terjaga. Sifat kasih sayang, keprihatinan dan pengorbanan seorang ibu diserlahkan buat renungan pembaca muda.
Selain menghiburkan, buku ini mengajak pembaca bermuhasabah tentang tujuan mereka belajar kerana pembelajaran yang bermakna bermula dengan matlamat yang jelas.
Ia juga mengingatkan pembaca bahawa setiap kanak-kanak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, mereka tidak perlu mengikut cara orang lain untuk berjaya.
Pada bahagian akhir setiap bab, pembaca diajukan soalan refleksi kendiri serta panduan praktikal, seperti mengenal pasti gaya pembelajaran, menetapkan jadual dan matlamat sendiri, serta menyusun keutamaan menyempurnakan tugasan.
Melalui perbualan Adam dengan rakan-rakannya tentang cita-cita masing-masing, pembaca diingatkan bahawa kejayaan mempunyai makna yang berbeza bagi setiap individu.
Misalnya, Hidayu berazam untuk menjadi pelajar terbaik di sekolah, manakala Bakri bercita-cita menguruskan kedai roti milik keluarganya.
Buku ini turut menekankan kepentingan mengenali kekuatan dan minat diri sendiri, serta mempunyai suri teladan yang baik untuk dijadikan inspirasi kejayaan.
Ini digambarkan menerusi kisah ayah Adam yang menjadikan bapa saudaranya, seorang doktor, sebagai sumber inspirasi sehingga mendorongnya berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran, walaupun akhirnya memilih laluan kerjaya yang berbeza.
Secara keseluruhannya, buku ini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi panduan berguna untuk membantu kanak-kanak memahami diri, menetapkan matlamat dan membina tabiat pembelajaran yang sesuai dengan keperibadian mereka.
Pada masa yang sama, kisah Adam mengingatkan ibu bapa bahawa sokongan, dorongan dan teladan yang baik memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan dan hala tuju anak-anak.
Mungkin persoalan yang wajar direnungkan ialah: adakah kejayaan diukur melalui pencapaian semata-mata, atau melalui keberanian setiap anak untuk memajukan diri mengikut potensi mereka yang sebenar?
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Mencipta Tabiat Belajar Sendiri!
Penulis: Ok Hyo-jin; komik: Ryu Su-hyeong; penterjemah: Miraliyana
Nombor Panggilan: Junior OK
Penerbit: Kuala Lumpur: G. Apple Studio Sdn. Bhd., 2024
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.