ePustaka: ‘Leftenan Adnan, Wira Bangsa’ serlah keperwiraan pertahan ibu pertiwi
Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Pertempuran di Bukit Chandu menyerlahkan keperwiraan anak bangsa mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Novel ini mencatatkan Regimen Askar Melayu kehilangan 159 pegawai dan anggota termasuk 6 pegawai British dan 7 pegawai Melayu dalam pertempuran dengan askar Jepun.
Filem Leftenan Adnan [2000] arahan Aziz M Osman pula mencatatkan 158 askar Melayu terbunuh berbanding 1,714 askar musuh [purata 1 askar Melayu: 10 askar Jepun].
Laman visitsingapore.sg menulis “...where 1,400 men of the Malay Regiment made their last stand against the 13,000-strong Imperial Japanese Army on 14 February 1942.”
Apakah faktor yang mendorong mereka berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir?
Tak cukup dengan kematian ramai askar Melayu di medan juang, Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutaguchi untuk menangkap ayah Leftenan Adnan di kampungnya di Sungai Ramal kerana berdendam dek adiknya sendiri mati ditikam bayonet Leftenan Adnan.
Pak Saidi enggan melarikan diri bahkan berani bersemuka dengan askar Jepun yang diarahkan menangkapnya.
Dengan bersenjatakan keris pusaka, Pak Saidi berjaya membunuh 5 askar Jepun dan mencederakan 15 yang lain sebelum meninggal dunia ditembak musuh.
Ayuh, pinjamlah novel Leftenan Adnan, Wira Bangsa yang terdapat dalam koleksi kami. Anda boleh memilih untuk membaca karya ini dalam bentuk digital (nlb.overdrive.com) ataupun fizikal di perpustakaan awam kami.
Dapatkanlah maklumat lanjut tentang tajuk ini di laman katalog NLB https://catalogue.nlb.gov.sg
Tajuk: Leftenan Adnan, Wira Bangsa
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors, 2008.
Nombor Panggilan: nlb.overdrive.com/media/3705702 (e-buku) atau
SING Malay ABD (buku fizikal)
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.