Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 'Kuatlah Wahai Hati' ajak pembaca renung semula cara kita hargai pendidik

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Amanah sebagai pendidik atau guru amat berat.

Tanggungjawab yang dipikul mereka adalah pelaburan dunia dan akhirat.

Hakikatnya, kejayaan generasi mendatang bermula daripada kemampuan para pendidik untuk “mendidik” diri mereka sendiri.

Inilah intipati buku yang menghimpunkan 10 pengalaman menginsafkan daripada 10 orang pendidik yang menjadi motivasi untuk mereka terus menyumbang jasa dalam lapangan serba menduga.

Seorang guru yang telah berkhidmat selama 20 tahun 9 bulan telah ditahan pihak polis, dibawa ke mahkamah lalu dimasukkan ke dalam lokap.

Puncanya, beliau merotan seorang pelajar atas niat untuk mendisiplinkannya.

Namun, ibu bapa pelajar tersebut telah membuat aduan polis tentang kejadian itu!

Guru juga insan yang melakukan kesilapan. Pengalaman seorang guru muda memarahi, mencemuh dan menghukum pelajar darjah lima yang lemah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah tentang profil ibu bapanya menginsafkan.

Mana mungkin pelajar itu dipaksa memberikan maklumat tentang ibunya yang meninggal dunia ketika melahirkannya!

Benarkah, jawatan guru tadika sesuatu yang dipandang rendah oleh masyarakat?

Pengalaman seorang guru tadika yang berjaya membimbing murid berusia 6 tahun khatam al-Quran pasti merubah persepsi anda.

Bacalah 7 lagi kisah yang terdapat di dalam antologi yang dihasilkan oleh para peserta bengkel Tulis Buku Sampai Terbit ini.

Ringkasnya, buku ini mengajak pembaca merenung semula cara dan sejauh mana kita menghargai para pendidik dalam masyarakat kita.

Bagaimanakah kita dapat berganding bahu dengan mereka, baik sebagai pelajar, ibu bapa, mahupun ahli masyarakat umumnya bagi membijaksanakan anak-anak masa kini demi masa depan yang berseri.

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Kuatlah Wahai Hati
Penulis: Tim Man Jadda Wajada 7
Penerbit: Klang, Selangor: Hamare Publication, 2021.
Nombor Panggilan: Malay 158.1 KUA
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan