ePustaka: Hikmah Senja: Koleksi Nasihat Dan Cerita Untuk Menua dengan Anggun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meningkat usia merupakan lumrah hidup semula jadi yang pasti kita lalui. Sepanjang “perjalanan” meniti usia senja pelbagai cabaran bakal dihadapi.
Jadi, bagaimanakah kita boleh mengemudi kehidupan yang bermakna dan bermaruah sebagai warga emas?
Inilah persoalan yang diketengahkan dalam buku yang dihasilkan Persatuan Karyawan Kesihatan Islam (Singapura) ini.
Buku dwibahasa setebal 244 halaman ini memuatkan 27 artikel sumbangan para pakar dalam pelbagai bidang agar pembaca dapat menimba manfaat mengharungi proses penuaan dengan yakin dan selesa.
Setiap artikel tidak melebihi lima muka surat, menjadikan topik-topik yang dibincangkan mudah dihadam.
Kandungan buku ini juga memuatkan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Ini akan memudahkan perbincangan antara generasi, misalnya seorang datuk yang hanya fasih berbahasa Melayu dengan cucunya yang lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris.
Selain isu kesihatan, fizikal dan mental, seperti demensia, angin ahmar, penjagaan gigi dan masalah kemurungan, buku ini juga menekankan kepentingan pengurusan kewangan dan keperluan Surat Kuasa Berkekalan (Lasting Power of Attorney).
Walaupun kita mungkin fikir apa yang diketengahkan tentang perkara ini tidak akan terjadi kepada kita atau orang yang disayangi, sebagai langkah berjaga-jaga, melantik orang yang dipercayai (keluarga atau kawan) untuk membuat keputusan tentang hal ehwal kita termasuk kebajikan dan harta benda sekiranya kita hilang kewarasan, tetap membantu memastikan kebajikan kita terjaga.
Aspek kerohanian juga disentuh, seperti tulisan Ustaz Fathurrahman bin Dawoed yang mengulas perspektif Islam yang memberikan penghormatan dan kemuliaan kepada orang tua serta peluang untuk beribadah melalui perkongsian ilmu atau pengalaman. Pendekatan ini memberi peluang untuk kita terus berbakti kepada masyarakat.
Dr Radiah binte Salim pula memberi panduan bernas dalam membuat persediaan lengkap bagi menunaikan ibadah haji supaya sihat, tenang dan khusyuk apabila berada di tanah suci.
Pendekatan holistik Persatuan Karyawan Kesihatan Islam (Singapura) dalam penghasilan buku ini benar-benar menyerlah. Kepelbagaian topik perihal penuaan yang dihidangkan menjadikan buku ini bahan rujukan penting di sini.
Buku ini bukan hanya untuk bacaan warga emas, malahan berguna untuk mereka yang berada dalam pertengahan usia untuk membuat persediaan awal dan juga buat mereka yang perlu menjaga ahli keluarga yang sudah lanjut usia.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Hikmah Senja: Koleksi Nasihat Dan Cerita Untuk Menua dengan Anggun
Penyunting/Editor: Dr Muhammad Faisal bin Johandi & Dr Shariffa Syahidah Chishty
Penerbit: Singapura: Muslim Healthcare Professionals Association (MHPA); Ungu Pen, 2024
Nombor Panggilan: Adult Malay SING 305.26 HIK
Pengulas: Mazelan Anuar, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.