Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 'Hidden In the Ordinary' gabung bahasa Melayu, Jawi & Inggeris dalam satu buku

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Tiga cerpen bahasa Melayu ditransliterasi ke tulisan Jawi dan diterjemah ke bahasa Inggeris.

Begitulah ringkasan teknikal buku Hidden In the Ordinary karya Rohani.

Tiga karya yang terkandung dalam antologi ini menyentuh perihal semasa bersifat domestik penulis.

Kisah “Salah Siapa?” mengisahkan tentang Azizah yang menghadapi cabaran menumpangkan pak cik dan isteri keduanya di flat beliau.

“Surat yang Tercicir dalam Taksi” memerihalkan pengalaman penulis terjumpa surat “perdamaian” seorang suami kepada isterinya yang tinggal di Pantai Timur Malaysia.

Cerpen “Apa Gunanya Kalendar Tergantung di Dinding?” pula merupakan teguran sekali gus peringatan tentang peranan kalendar dan menepati janji.

Buku setebal 76 halaman ini diraikan sebagai suatu usaha menghasilkan kelainan dalam menggabungkan tiga elemen bahasa dalam satu buku – Inggeris, Melayu dan transliterasi ke tulisan Jawi.

Namun, keistimewaan penerbitan ini ialah penjawian karya yang dilakukan oleh pakar Jawi tempatan iaitu Dr. Hirman Mohamed Khamis.

Buku ini juga diketengahkan kerana baik dijadikan bahan penelitian tentang penghasilan buku.

Terdapat beberapa perkara teknikal dan bukan teknikal yang boleh dikaji dan dibincangkan umum bagi memperkemaskan usaha penerbitan buku pada masa mendatang.

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Hidden In the Ordinary
Penulis: Rohani Din; Dr. Hirman Mohamed Khamis [transliterasi ke tulisan Jawi & terjemahanan ke bahasa Inggeris].
Penerbit: Jakarta : Mata Aksara, 2021.
Nombor Panggilan: SING Malay ROH
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan