ePustaka: 'Hadiah Istimewa' kembangkan pemikiran terhadap hubungan sesama manusia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak merupakan alat literasi yang penting untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak warisan seni dan budaya sesuatu masyarakat.
Melalui alur cerita yang menarik serta watak-watak yang senang untuk dikenal pasti, kanak-kanak akan dapat mengaitkan kisah yang diceritakan dengan pengalaman mereka sendiri, memupuk rasa empati dan pada masa yang sama mempelajari tentang seni dan budaya masyarakat mereka.
Buku bergambar Hadiah Istimewa yang ditulis oleh Nur-El-Hudaa Jaffar dapat kita golongkan dalam genre sastera tersebut.
Diterbitkan pada tahun 2022 oleh Calico Tales, buku ini merupakan salah satu tajuk daripada siri Azim.
Ia mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Azim yang berasa sedih kerana neneknya akan berhijrah ke satu tempat yang sangat jauh.
Sebelum berpisah, neneknya memberi Azim sebuah hadiah yang istimewa – canting yang digunakan beliau sejak kecil untuk melukis corak batik di atas kain.
Buku ini amat sesuai untuk dibaca bersama kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
Selain memaparkan seni dan budaya, ia juga mengetengahkan tema-tema yang mendorong para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan hubungan kasih sayang.
Mereka juga dianjurkan untuk melukis sebagai cara meluahkan perasaan selain mengatasi kerisauan dan kesedihan.
Lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.
Tajuk Buku: Hadiah Istimewa
Penulis: Nur-El-Hudaa Jaffar
Penerbit: Singapura: Pustaka Islamiyah, 2022.
Nombor Panggilan: J SING Malay MOH
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.