ePustaka: 'Geylang Serai Dalam Terowong' padat dengan sejarah & fakta tentang kawasan ikonik ini
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Nyanyian lagu Ahmad CB, Kisah Geylang Serai, membuka tirai perkongsian Nenek Fatimah dengan cucunya, Nuraini, tentang kehidupan di Geylang Serai pada suatu masa dahulu.
Nuraini, atau nama timangannya, Aini, tanpa diduga, telah menembusi terowong masa dan kembali ke zaman silam bersama neneknya.
Aini didedahkan kepada sejarah penamaan kawasan bersejarah itu.
Antaranya, nama itu mula terbit dengan terbinanya sebatang jalan raya oleh British dan dinamakan ‘Gelang Road’.
Kemudian, wujud pula kisah namanya diambil daripada nama pokok Gelang Pasir yang tumbuh melata.
Pada suatu ketika, kawasan ini juga dikenali sebagai Geylang Kelapa kerana terdapat banyaknya ladang kelapa di sana.
Bahagian awal buku dwibahasa ini sahaja sudah amat sarat dengan pengisian sejarah, fakta dan maklumat tentang Geylang Serai. Menerusi dialog antara Nenek dan Aini sepanjang penceritaan, para pembaca memperolehi banyak mutiara sejarah Geylang Serai.
Buku ini turut menyerlahkan kehebatan masyarakat Islam yang kaya-raya serta berpengaruh pada zaman dahulu.
Contohnya, keluarga Alsagoff, yang mampu membeli tanah lebih 1,000 ekar di Geylang Serai. Keluarga ini juga mengusahakan kilang serai pada tahun-tahun selepas 1850 hingga dinyatakan mungkin menjadi penyebab kawasan tersebut dinamakan Geylang Serai.
Para pembaca turut meraih maklumat tentang sejarah landskap ekonomi yang wujud di Geylang Serai pada masa lalu.
Keterangan tentang kegiatan perniagaan yang dijalankan di Pasar Joo Chiat dan Pasar Changi, wujudnya taman hiburan Great Eastern Fair Trade, panggung-panggung wayang di sana menggambarkan Geylang Serai sebagai pusat perniagaan dan riadah yang amat meriah!
Budaya kehidupan di kawasan ini turut dikongsi. Contohnya, jenis kediaman, permainan tradisional kanak-kanak, kegiatan waktu senggang masyarakatnya diterangkan ringkas oleh penulis.
Penggunaan elektrik, lampu pam, pengambilan air dari perigi dan lori pembawa air juga dirakam sekali.
Apakah pula majlis keramaian dan kegiatan gotong-royong yang sinonim dengan para penduduknya? Mengapakah institusi masjid begitu penting kepada mereka?
Laluilah terowong masa untuk mengetahui dan lebih menghargai khazanah sejarah Geylang Serai dengan membaca buku ini!
Tajuk: Geylang Serai Dalam Terowong Masa = Geylang Serai through the tunnel of time
Penulis: Rasiah Halil
Penerbit: Singapura: Wisma Geylang Serai, 2021
Nombor Panggilan: Y SING Malay 959.57 RAS
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.