Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: 'Di Hatinya Ada Nadra' cari kebenaran di sebalik peristiwa menyayat hati

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Rusuhan Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai Nadra Binte Ma’arof, di semenanjung merupakan sebuah tragedi silam yang masih diperbualkan dan diingati berdekad-dekad lamanya.

Muhammad Najmuddin yang mempunyai penglibatan peribadi dalam peristiwa hitam tersebut gigih mencari kebenaran di sebalik kejadian menyayat hati itu.

Beliau telah diberikan dokumen-dokumen siasatan penting yang diusahakan oleh arwah datuknya pada 1950. Datuknya, seorang anggota polis yang turut ditugaskan untuk mengekang rusuhan tersebut, tidak dapat meneruskan siasatannya kerana kukurangan modal.

Muhammad Najmuddin juga ingin turut menegakkan kebenaran. Walaupun beban yang dipikulnya sarat dan penuh cabaran, dia yakin bahawa masanya di bumi Belanda sebagai siswa bidang perundangan dapat menolongnya mencapai matlamat ini.

Dapatkah beliau mengubah sejarah, walaupun cuma sedikit sahaja?

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Di Hatinya Ada Nadra
Penulis/Editor: Husna Nazri
Penerbit: Kuala Lumpur: The New Straits Times Press (M) Berhad, 2019.
Nombor Panggilan: Y HUS
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan