ePustaka: Ceritera Planet ABC didik kanak-kanak perkasa diri
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Buku Ceritera Planet ABC adalah buku kanak-kanak yang berjaya menggunakan pencuci mulut popular iaitu, ais batu campur atau lebih dikenali sebagai ais kacang di Singapura, sebagai bahan untuk memperkasa diri kanak-kanak.
Ada banyak pengajaran yang boleh dicungkil daripada buku ini.
Watak-watak dalam cerita iaitu Cincau, Kacang Merah, Kacang Tanah, Cendol dan Jagung hidup terpencil sehingga tidak sedar kewujudan satu sama lain walaupun mereka tinggal di planet yang sama.
Apabila sesuatu ‘bencana’ menimpa planet dan memusnahkan kampung-kampung mereka, perasaan curiga terhadap satu sama lain dan sikap mementingkan diri sendiri mula timbul. Sikap ini menjadikan situasi semakin sulit.
Perkara ini mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk menjalin persahabatan dengan orang yang berbeza daripada mereka dan mengenali kepelbagaian yang wujud antara manusia.
Buku ini juga menerapkan kepentingan bekerjasama dengan orang lain.
Disebabkan keadaan yang semakin genting, watak-watak cerita menyedari bahawa mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri dan harus membantu satu sama lain.
Kesepakatan inilah yang telah membantu mereka mengharungi cabaran itu dan berjaya menyelamatkan diri mereka.
Jalan cerita diolah dengan sangat kreatif dan menarik.
Penulis-penulisnya telah menggunakan sesuatu yang lazim dimakan atau dilihat oleh pembaca untuk mendidik kanak-kanak sambil menghiburkan mereka.
Walaupun buku ini adalah buku cerita kanak-kanak, ia pasti dapat dinikmati setiap golongan usia!
Tajuk Buku: Ceritera Planet ABC
Penulis: Nur Aliah Talib & Tengku Nur Najwa Tengku Ahmad Mazlin
Nombor Panggilan: JP NUR
Penerbit: Kuala Lumpur, Kaminoki Publications, 2020
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.