Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: ‘Cangak Biru dan Paus Biru’ papar persahabatan luar biasa antara 2 haiwan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kanak-kanak lazimnya mempunyai seribu satu soalan yang berlegar dalam fikiran mereka.

Ini disebabkan oleh naluri mereka yang sentiasa ingin tahu tentang segala-galanya di sekeliling mereka.

Ada yang menemukan jawapan yang dicari, namun ada juga yang menuntut mereka untuk meneruskan pencarian.

Bimbingan ibu bapa penting dalam membantu anak-anak mencari jawapan yang diingini.

Walaupun begitu, ada waktunya cara yang terbaik adalah dengan memberikan ruang untuk mereka menemukan sendiri jawapan yang dicari.

Mungkin inilah yang ingin disampaikan oleh penulis buku bergambar Cangak Biru dan Paus Biru.

Pertama kali diterbitkan dalam bahasa Turki pada tahun 2021, edisi bahasa Melayu ini telah diterjemahkan oleh penulis Nur-El-Hudaa Jaffar dan diterbitkan oleh Pustaka Nasional.

Ia mengisahkan seekor cangak biru yang berasa bosan dan tidak gembira hidup bersama keluarganya.

Demi menenangkan jiwanya, dia membuat keputusan untuk menjelajahi lautan besar, di mana dia bertemu dengan seekor paus biru yang menjadi teman sepanjang perjalanannya.

Buku bergambar ini sangat sesuai dibaca bersama secara lantang dengan anak-anak.

Penceritaan akan menjadi lebih senorok jika dibaca dengan intonasi suara haiwan dalam cerita yang berbeza-beza.

Ibu bapa juga dianjurkan untuk meluangkan masa berbual bersama tentang ilustrasi yang terdapat di setiap muka surat.

Ambillah kesempatan ini untuk berbincang tentang makna kebahagiaan dan kekeluargaan.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk Buku: Cangak Biru dan Paus Biru
Penulis: Görkem Özen Çömez
Penerbit: Singapura: Pustaka Nasional, 2022.
Nombor Panggilan: J P Malay COM
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan