Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: Buku komik ini suntik kesegaran pada dunia perubatan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Komik ini menawarkan kesegaran pengalaman membaca khususnya perihal dunia perubatan.

Kandungannya melampaui kisah tentang kerjaya para pegawai perubatan dalam menguruskan pesakit. Kisah-kisah yang terhidang turut menggetarkan emosi pembaca dan menginsafkan.

Kisah “Zippo” menampar pembaca dengan nasihat sinis tentang tabiat merokok yang membahayakan kesihatan.

Seorang lelaki tua yang berpenyakit penghalang pulmonari kronis paru-
paru (COPD) akibat merokok telah ke hospital untuk mendapatkan rawatan kritikal. Doktor yang merawatnya bertegas melarang pesakit itu menghentikan tabiat buruknya.

Namun, respons lelaki tua itu menyentap perasaannya. Beliau telah “menghadiahkan” kembali pemetik api yang suatu ketika dahulu diberikan percuma oleh doktor tersebut ketika mereka bersama-sama merokok di
lapangan terbang!

Kisah “Tiada Lagi Syurga Buatmu” mengingatkan pembaca tentang amanah anak-anak menjaga kebajikan ibu mereka. Sikap melepaskan tanggungjawab empat anak lelaki Puan Ramlah yang menghidap osteomielitis pada tulang tumit amat mengecewakan.

Mujurlah satu-satunya anak
perempuannya sedia untuk menjaganya walaupun setelah melalui pembedahan amputasi bawah lutut (BKA).

Mengapakah Dr. Khairi begitu akrab dengan seorang pesakit bernama Abdul Rahim@Abdul Rahman bin Abdullah?

Beliau amat prihatin akan keadaan kesihatan pesakit warga emas itu sehinggakan sukar untuk menerima hakikat beliau meninggal dunia walaupun telah berusaha melakukan resusitasi selama 45 minit untuk menyelamatkannya.

Rupa-rupanya, warga emas itu adalah datuk kandungnya sendiri yang
telah lama menghilangkan diri.

Begitulah, inti kisah “Code Biru Ar-Rahman Ar-Rahim” yang
mengharukan.

Terdapat banyak lagi kisah menarik dalam komik pemerihalan dunia perubatan ini!

Pembaca akan turut memperolehi ilmu perubatan secara ringkas selain memperkayakan diri dengan istilah
perubatan yang sarat terkandung di dalamnya.

Tajuk: DX
Editor/Ilustrator: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat/ Farish
Penerbit: Selangor: WhiteCoat Enterprise, 2018.
Nombor Panggilan: Malay 741.59595 DX -[CMX]
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan