Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: Buku ini papar perihal hidup & meninggal dunia dengan bermaruah

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Adakah cara seseorang meninggal dunia penting?

Apakah peranan penjagaan paliatif kepada seseorang yang hampir tiba di penghujung perjalanan hidupnya?

Inilah persoalan-persoalan yang cuba dijawab ringkas dalam buku panduan berbentuk cerita bergambar yang diusahakan oleh Yayasan Hospis Singapura.

Kisah Micheal Lewis, seorang pekerja pembantu terapis, yang menguruskan keperluan harian Encik Lee, seorang pesakit kanser (barah) otak tahap akhir mengajak pembaca lebih memahami kepentingan penjagaan paliatif.

Encik Lee merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan di sebuah syarikat ternama.

Beliau seorang yang aktif bermain ping pong (tenis meja) selain suka memeriahkan acara anjuran majikannya dengan mengenakan kostum watak bersejarah “Lawrence dari Arabia” sehingga teman-teman rapatnya memberikan gelaran tersebut kepadanya.

Namun, semua itu tinggal sejarah. Tubuhnya kini hanya tinggal kulit dan tulang.

Mindanya tidak mampu bertindak balas walaupun terhadap rangsangan paling asas.

Namun, pada suatu hari, panggilan “Lawrence dari Arabia” oleh Micheal menerima respons daripada Encik Lee! Sejak itu, Encik Lee mula memberi respons asas kepada kehadiran isteri dan anak-anaknya juga walaupun untuk seketika sebelum beliau meninggal dunia.

Penjagaan paliatif ternyata memberikan kesan positif kepada mendiang Encik Lee yang sempat keluar daripada dunia sepinya.

Keluarganya juga menghargai waktu singkat itu di mana seorang suami dan bapa yang dikasihi mengenali mereka dan membalas curahan perhatian yang diberikan.

Pembaca turut dibimbing tentang persiapan penjagaan paliatif di bahagian akhir buku ini.

Lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Lawrence dari Arabia: kisah benar mengenai perihal hidup dan meninggal dunia dengan bermaruah
Penulis: BLKJ [ciptaan]
Penerbit: Singapura: Singapore Hospice Council, [2018]
Nombor Panggilan: SING Malay 362.175095957 LAW
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan