Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: Buku ini kongsi panduan jaga keselamatan diri di luar negara

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Pengalaman bercuti tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan.

Begitulah yang terjadi kepada Nadrah yang mengikuti kakak dan abang iparnya berbulan madu ke Thailand.

Dalam sekelip mata Nadrah yang berusia 13 tahun diculik ketua kumpulan sindiket yang memperalatkan kanak-kanak untuk mengemis di jalanan.

Kehidupan Nadrah yang ceria serta-merta bertukar menjadi sengsara yang tidak berpenghujung.

Daripada tinggal di tempat yang menafikan hak kemanusiaan, Nadrah juga terpaksa akur akan kemungkinan tidak bertemu lagi dengan keluarganya.

Pergerakannya setiap waktu dikawal oleh anggota sindiket itu. Ruang untuknya bersuara atau membebaskan diri hanya dijawab dengan kezaliman fizikal yang menyebabkannya hampir putus asa untuk menemui kebebasan yang diimpikan sentiasa.

Bahkan, kegagalan keluarga Nadrah untuk menyelamatkan dirinya dianggap sebagai satu petanda dirinya sudah tidak wujud dalam kehidupan mereka.

Kesengsaraan bertahun-tahun lamanya sebagai pengemis paksaan tidak berakhir selepas kematian ketua sindiket yang menculiknya dahulu.

Nadrah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan seterusnya dijadikan alat uji kaji untuk dos dadah terbaru dan pengedar bahan terlarang itu!

Bedahlah kisah duka Nadrah. Apakah nasibnya di akhir cerita?

Banyak pengajaran yang dapat ditimba pembaca remaja khususnya.

Apakah yang terjadi pada keluarganya sepanjang kehilangan Nadrah?

Adakah kes penculikan Nadrah ini sesuatu yang terancang? Jika benar begitu, siapakah dalang di sebaliknya dan apakah tujuannya?

Kebenaran yang terungkap nanti mungkin sahaja di luar dugaan!

Di akhir buku ini, para pembaca dibimbing tentang cara-cara untuk menghadapi dan menghuraikan masalah yang dialami Nadrah. Ringkasnya, pengalaman membaca ini pasti menjadikan anda lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan diri dan keluarga ketika berada di luar negara.

Lungsuri laman katalog NLB di https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: "Mangsa Cinta" : Pengedar Dadah Umur 13 Tahun
Penyelenggara: Shasya Ali & Rashiela Nurain
Penerbit: Selangor: Blank Book, 2017.
Nombor Panggilan: Malay SHA
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan