Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ePustaka: Bahasa dan Tantangan Intelektualisme

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Kemerosotan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu kian mencecah kadar yang membimbangkan.

Peningkatan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama di rumah menyumbang kepada dapatan ini.

Buku ini mengajak pembaca merenung dan mempersoalkan fungsi bahasa.

Adakah ia hanya wahana pertuturan untuk kita saling memahami?

Menerusi buku ini, penulis membincangkan isu-isu mengenai fungsi bahasa, pendidikan dan pedagogi bahasa, tanggungjawab intelektual dan elit bahasa serta politik bahasa dan sebagainya.

Dalam bab pertama yang membahaskan masyarakat pendidik, kita didedahkan tentang cabaran-cabaran yang dialami oleh mereka yang ditugaskan mengasuh anak didik. Antara masalah umumnya adalah batas di mana pengajaran bahasa Melayu hanya terhad kepada mempertingkatkan mutu bahasa melalui ragam dan struktur dalam domain situasi formal.

Ini membahayakan kerana guru Bahasa Melayu bukan sekadar pendidik bahasa.

Mereka juga mampu mempengaruhi masyarakat dari segi pembentukan minda generasi muda dan menjadi contoh teladan bagi murid-murid sekolah.

Mereka juga dapat mempengaruhi fikiran dan pendapat awam sebagai intelligensia masyarakat.

Jika para pendidik hanya memberikan tumpuan dan fokus mereka kepada hal ehwal struktur dan mutu bahasa, walaupun tidak dinafikan kepentingan ilmu tersebut, ia bukan pengajaran dan pembelajaran yang holistik kerana generasi muda juga harus peka akan hal ehwal masyarakat dan prihatin terhadap etika dan moral dalam kalangan masyarakat mereka.

Lantaran itu, boleh dikatakan bahawa setiap bahasa mencerminkan budaya masyarakat penggunanya.

Di sini, timbul peranan elit bahasa dan para intelektual. Tanggungjawab mereka juga cukup besar dan mencabar.

Mereka mampu membangunkan kebudayan menerusi perancangan, kritikan dan pembangkitan pelbagai idea.

Penulis menegaskan bahawa perhatian serius juga harus diberikan kepada pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan ilmu, bukan semata-mata tertakluk kepada bahasa dan sastera Melayu.

Ia bermanfaat bagi usaha meningkatkan kebolehan masyarakat untuk mengikuti perubahan dunia yang pesat.

Ringkasnya, buku ini wajar ditekuni kerana ia menimbulkan pelbagai isu dan persoalan penting berkaitan bahasa Melayu yang memberi kesan secara langsung kepada pemikiran dan pembangunan masyarakat Melayu.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.


Tajuk Buku: Bahasa dan Tantangan Intelektualisme
Penulis/Editor: Azhar Ibrahim
Penerbit: Petaling Jaya, Malaysia : Strategic Information and Research Devt. Centre, 2014.
Nombor Panggilan: Malay 499.2809 AZH
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan