ePustaka: 23 resipi warisan turun-temurun ini sesuai untuk Ramadan bakal menjelang
Nikmati 23 resipi warisan turun-temurun yang jarang kita dengari.

(Gambar: NLB)
BERITAmediacorp: Nikmati 23 resipi warisan turun-temurun yang jarang kita dengari.
Pilihan Cef Hanieliza ini tidak akan mengecewakan anda yang menggemari makanan tradisi.
Satu keistimewaan resipi-resipi beliau adalah penggunaan kekacang sebagai bahan utama yang menjadi sumber protein tubuh kita. Setiap perkongsian resipi ini dilampirkan bersama gambar hasil masakan tersebut serta gambar-gambar yang menunjukkan setiap langkah dalam menyiapkan hidangan itu.
Aneka Nasi
Penulis: Cef Hanieliza
Penerbit: Utusan Karya Sdn Bhd
Pautan NLB Overdrive: https://nlb.overdrive.com/search?query=Aneka+Nasi
Pelbagai aneka resipi yang mudah serta ringkas bersumberkan beras dikongsi di dalam e-buku ini.
Resipi-resipi ini merupakan pilihan khas yang pernah diterbitkan di majalah Saji.
Nasi lemon kunyit, nasi tomato Singapura, nasi ketumbar ikan gulung, nasi pelangi sri puncak dan sushi pulut sos rojak adalah sebahagian daripada 54 resipi yang pasti akan menjadi juadah kegemaran keluarga anda apabila disediakan sendiri di rumah.
Nasi sememangnya kaya dengan vitamin dan mineral seperti niasin, kalsium, vitamin D, serat, tiamin dan riboflavin dan zat besi.
Resipi-resipi ini pula menggunakan jenis-jenis beras yang berlainan – beras putih, beras perang, beras basmati dan beras pulut.
Sajian Sunnah Diet Rasulullah
Penulis: Azmi Jaffri
Penerbit: Seni Warisan Artistic
Pautan NLB Overdrive: https://nlb.overdrive.com/search?query=Sajian%20Sunnah%20Diet%20Rasulullah
Buku dwibahasa Melayu-Inggeris ini memuatkan pelbagai resipi sihat menggunakan ramuan kegemaran Rasulullah SAW seperti kurma, buah delima, habbatus sauda, madu, susu dan daging kambing.
Pemakanan yang sihat memang penting untuk memiliki badan yang cergas dan minda yang cerdas, di samping menjauhi risiko mendapat penyakit.
Pakar-pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Kajang, Malaysia turut memberi penerangan berguna tentang khasiat setiap bahan ini.
Penerangan ramuan-ramuan yang digunakan dari sudut agama pula dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal.
Ini menjadikan resipi-resipi yang terhidang bukan sahaja ‘sedap’ untuk sajian tubuh badan bahkan juga ‘enak’ untuk santapan jiwa!
Ayuh, ‘ceriakan’ meja makan anda dengan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan sempena Ramadan dengan mencuba pelbagai resipi yang boleh diperolehi secara percuma daripada e-buku di pautan: https://nlb.overdrive.com/collection/102061?sortBy=newlyadded&subject=111
Bahan bacaan ini juga boleh dimuat turun menggunakan aplikasi mudah alih NLB Mobile.
Resipi Warisan: Kekacang Turun-Temurun
Penulis: Cef Hanieliza
Penerbit: PTS Media Group Sdn. Bhd.
Pautan NLB Overdrive: https://nlb.overdrive.com/search?query=kekacang
Pengulas: S Zahra Aljunied, Pustakawan Kanan NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.