EnterpriseSG, Persekutuan Perniagaan SG ketuai kumpulan terbesar ke sidang pelaburan Amerika
Sekitar 30 firma Singapura akan menghadiri sidang puncak pelaburan terkemuka pemerintah Amerika Syarikat bulan ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 30 firma Singapura akan menghadiri sidang puncak pelaburan terkemuka pemerintah Amerika Syarikat bulan ini.
Ini merupakan kontinjen terbesar Singapura dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Perniagaan-perniagaan daripada sektor-sektor termasuk teknologi kesihatan dan komunikasi berharap untuk mengatasi cabaran memasuki pasaran luar negara sambil memperluaskan kehadiran mereka.
Sebagai contoh, sebuah stetoskop bijak berupaya mengesan bunyi nafas yang berdehit dalam pesakit asma, membolehkan para doktor memantau mereka dari jauh.
Ia kini dirintis di beberapa hospital di Singapura.
Syarikat yang menghasilkan alat itu berminat untuk memasarkannya di luar negara.
Ia bakal digunakan di Hospital Kanak-Kanak Guerin Cedars-Sinai di Amerika Syarikat, dengan tujuan mengurangkan lawatan ke hospital bagi para pesakit.
Menembusi pasaran baharu bermakna, syarikat itu perlu mengemudi cabaran kawal selia.
Dengan bantuan Enterprise Singapore, ia berjaya mendapatkan pembiayaan dan rakan kerja utama.
Namun sebaik sahaja ia bertapak, satu cabaran baharu muncul.
"Untuk tempoh setahun akan datang atau lebih, buat masa ini kami tidak boleh menelah. Adakah akan berlaku perubahan mendadak kepada tarif, yang tiba-tiba akan melonjak daripada 10 kepada 20 peratus, atau 20 kepada 30 peratus?
"Bagaimana ia akan menjejas hubungan sedia ada dengan rakan-rakan kontrak? Kerana apabila anda mempunyai kontrak dengan rakan-rakan kerja, harga sudah ditetapkan, tetapi selain itu, terdapat juga tarif," kata Pengasas Bersama dan CEO, Aevice Health, Adrian Ang.
Bagi membantu syarikat-syarikat mengatasi cabaran tersebut, EnterpriseSG menyatakan pihaknya membantu syarikat-syarikat memahami syarat dan peraturan mengimport.
"Kami mempunyai rangkaian konsultan perdagangan, peguam, syarikat guaman yang boleh menasihati syarikat-syarikat.
"Kami juga membangunkan rangkaian kukuh dengan bandar dan wilayah supaya mereka juga boleh memberikan nasihat jika kami memerlukannya, apabila syarikat-syarikat Singapura memasuki pasaran itu," kata Pengarah, Amerika, Enterprise Singapore, Lim Seow Hui.
Rangkaian itu membolehkan firma seperti Transcelestial, sebuah syarikat teknologi mendalam Singapura dalam komunikasi laser tanpa wayar untuk meneroka bidang baharu seperti kejuruteraan satelit.
Kini, perniagaan firma itu di Amerika Syarikat lebih besar berbanding seluruh pasarannya jika digabungkan.
"Di Amerika Syarikat, kami sedang menubuhkan satu lagi ibu pejabat di sini.
"Kami sedang meneroka Austin, Texas sebagai tapak berpotensi. Kami akan mengutamakan kekuatan Amerika Syarikat, iaitu ia mempunyai bakat teknikal mendalam bagi bidang angkasa dan pertahanan, dan kemudian membangunkan keupayaan kejuruteraan.
"Jadi Singapura akan terus beroperasi seperti sedia ada dan akan terus berkembang," kata Pengasas Bersama dan CEO Transcelestial, Rohit Jha.
EnterpriseSG menyatakan ia akan terus meningkatkan sokongan dengan menjalin lebih banyak hubungan dan memperjuangkan jenama Singapura.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.