EnterpriseSG buka pejabat di San Francisco, bantu syarikat tempatan masuk pasaran Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Enterprise Singapore)
SAN FRANCISCO; Enterprise Singapore melancarkan sebuah pusat di San Francisco bagi memudahkan syarikat Singapura menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan meningkatkan perdagangan serta pelaburan antara kedua-dua negara.
Pusat berkenaan merupakan pejabat EnterpriseSG yang ketiga di Amerika, selepas New York dan Los Angeles.
Semasa merasmikan pembukaannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata di sebalik sekitaran global yang rumit, beliau berharap Amerika akan mengekalkan dan mengukuhkan hubungan dengan Asia dan seluruh dunia.
"Kepada rakan Amerika kami yang mencari peluang di Singapura, atau di rantau Asia-Pasifik yang bertenaga dan rancak berkembang, mesej kami kepada anda ialah: Singapura terbuka luas untuk perniagaan," kata Encik Lee.
"Enterprise Singapore, dan agensi kami yang lain seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) gembira untuk bekerjasama dengan anda."
EnterpriseSG dan pejabatnya di luar negara membantu syarikat Singapura bertapak di AS, dan pelancaran pusat di San Francisco menandakan satu "peningkatan" dalam penglibatan Singapura di Pantai Barat AS, kata Encik Lee.
San Francisco telah menjadi wilayah penting bagi syarikat pemula Singapura untuk bertemu rakan kongsi strategik, dan mendapat sokongan yang boleh membawa mereka ke peringkat global, tambah beliau lagi.
"Banyak syarikat Singapura bekerjasama dengan rakan sejawatan Amerika mereka di pelbagai sektor seperti bioperubatan, pengeluaran makanan, pengangkutan dan banyak lagi," kata Encik Lee.
"Di Bay Area, kami telah memupuk hubungan sedemikian sejak bertahun-tahun."

Acara pembukaan itu dihadiri Encik Lee Chuan Teck, Ketua Pegawai Eksekutif EnterpriseSG dan Cik Eleni Kounalakis, Gabenor California. Turut hadir kira-kira 50 pemimpin perniagaan dari Singapura dan AS, pegawai kanan pemerintah AS, wakil daripada institusi akademik dan penyelidikan serta syarikat pemula.
Kata Encik Lee Chuan Teck: “AS dan Singapura sentiasa menikmati hubungan ekonomi yang rapat. Pejabat baharu kami di San Francisco akan mengukuhkan lagi hubungan ini dan membantu perniagaan Singapura memanfaatkan ekosistem inovasi yang kaya di Bay Area.”
Beliau memberitahu Mediacorp bahawa banyak firma Singapura sudah berada di kawasan Bay Area, dan banyak lagi yang menyatakan minat untuk meneroka peluang di sana. Terdapat peluang untuk syarikat Singapura dalam bidang biomed, manakala pemerintah negeri California telah memperkenalkan banyak inisiatif untuk menyokong peralihan kepada tenaga bersih dan teknologi digital, kata beliau.
"Terdapat peluang besar untuk kami, dan itulah sebabnya kami menerima banyak minat daripada banyak firma Singapura yang ingin datang ke sini," katanya.
EnterpriseSG juga sedang "meneroka" kemungkinan membuka lebih banyak pejabat di AS, tambahnya.
SYARIKAT SINGAPURA DI SAN FRANCISCO
EnterpriseSG memberi contoh syarikat Singapura yang telah mendapat manfaat daripada "sinergi" antara Singapura dan "ekosistem inovasi" San Francisco, termasuk syarikat onkologi jitu Lucence.
Lucence membuka makmal diagnostiknya di Palo Alto pada 2020, disokong oleh EnterpriseSG dalam pembiayaan dan rangkaian bakat, kata agensi itu.
Ia telah menjadi syarikat penjagaan kesihatan beribu pejabat Asia pertama yang memperoleh perlindungan Medicare AS, di mana ujian biopsi cecair Lucence boleh dibayar balik di bawah skim insurans kesihatan nasional AS.

Firma Singapura yang lain di kawasan Bay Area, San Francisco ialah Akribis, Venture Corporation, Engine Biosciences, NIUM, Affable.ai, Datature dan Singtel.
Korporat lebih besar seperti ST Engineering dan Singtel juga telah menubuhkan cabang modal korporat di AS untuk melabur dalam syarikat pemula. Sebagai contoh, ST Engineering Venture memperoleh syarikat teknologi pengangkutan AS Transcore pada 2022.
PERTUMBUHAN DAGANGAN SG-AS
Perdana Menteri juga berkata bahawa Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) AS – Singapura akan mencapai ulang tahun ke-20 pada tahun depan.
Singapura ialah pelabur Asia ketiga terbesar di AS, dan AS ialah pelabur asing terbesar Singapura.
Dagangan barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagiannya disebabkan oleh FTA, kata EnterpriseSG.
Perdagangan perkhidmatan dua hala, khususnya, telah berkembang sekitar 18 peratus setahun daripada S$64 bilion pada 2017 kepada S$125.2 bilion pada 2021.
Pelaburan langsung Singapura di AS juga telah berkembang dengan stabil, mencecah S$44 bilion pada akhir 2021, kata EnterpriseSG.
Kedua-dua negara telah memperluaskan hubungan dalam bidang baharu, seperti perubahan iklim, keselamatan siber, ruang angkasa, dan teknologi kritikal dan sedang pesat membangun, kata Encik Lee Hsien Loong. AS juga sedang memperdalam penglibatan serantaunya menerusi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, di mana Singapura juga adalah anggota kerjasama itu.
PM JUMPA WARGA SG
Selepas pelancaran itu, Encik Lee, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan duta Singapura ke AS Lui Tuck Yew bertemu warga Singapura yang tinggal di kawasan Bay Area dalam satu majlis perjumpaan.
Bercakap kepada lebih 500 rakyat Singapura yang berkumpul di sana, Encik Lee berkata AS adalah salah satu "rakan lama Singapura", dengan ramai rakyat Singapura bekerja dan tinggal di AS manakala ramai rakyat Amerika berada di Singapura.

Encik Lee berada di San Francisco dalam rangka kerja enam hari untuk menghadiri sidang puncak APEC 2023. Beliau dijadual bertemu Gabenor California Gavin Newsom dan pemimpin perniagaan dari syarikat terkemuka AS.
Pada Selasa, Encik Lee melawat Google dan diberi taklimat tentang pelbagai AI dan projek teknologi canggih lain yang sedang diusahakan oleh gergasi teknologi itu dan syarikat induknya Alphabet.
Beliau juga bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook di Apple Park di Cupertino, di mana mereka bertukar pandangan dan mengulangi kerjasama baik Apple dengan Singapura, kata setiausaha akhbar Encik Lee.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.