Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Enam remaja diberkas kerana merusuh selepas bergaduh di Jurong

Enam remaja lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes merusuh. Demikian menurut kenyataan polis pada Selasa (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Enam remaja diberkas kerana merusuh selepas bergaduh di Jurong

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 17 Mar 2020 11:42PM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 11:46PM

SINGAPURA: Enam remaja lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes merusuh. Demikian menurut kenyataan polis pada Selasa (17 Mac).

Pihak berkuasa dimaklumkan tentang satu pergaduhan melibatkan sekumpulan remaja dekat Jurong West Central 2 pada sekitar 7.55 malam pada 12 Mac.

Remaja-remaja terlibat berusia 16 hingga 18 tahun. Mereka dikenal pasti oleh para pegawai dari Divisyen Polis Jurong menerusi pertanyaan kepada orang awam dan dengan bantuan gambar yang dirakam menerusi CCTV dan kamera polis.

Kesemua suspek ditahan di pelbagai tempat pada Isnin.

Keenam-enam lelaki itu akan didakwa atas kesalahan merusuh pada Khamis. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan dirotan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan