Enam ditangkap dalam serbuan polis ke atas perjudian haram online
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enam orang – lima lelaki dan seorang wanita – ditangkap selepas polis menjalankan serbuan serentak terhadap kegiatan perjudian haram online.
Serbuan itu berlaku pada 15 Jan di beberapa lokasi merata negara, termasuk Boon Lay Avenue, Tengah Drive, Pandan Gardens, Bukit Batok West Avenue 8, Jurong West Street 93 dan Jurong West Street 91.
Suspek-suspek yang ditangkap berumur antara 32 hingga 65 tahun, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (17 Januari).
Siasatan awal mendedahkan bahawa mereka terlibat dalam kegiatan perjudian lumba kuda dan loteri secara haram.
Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Risikan Polis dan Komando Operasi Khas terlibat dalam serbuan itu.
Wang tunai berjumlah lebih S$70,000 dan peranti elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan peralatan perjudian dirampas, kata SPF.
Mereka yang sabit kesalahan sebagai pengendali perjudian haram berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga S$500,000.
Kesalahan menjadi orang tengah dalam operasi perjudian haram membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga S$200,000.
Sesiapa yang didapati bersalah atas tuduhan berjudi dengan penyedia khidmat perjudian haram boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda maksimum S$10,000.
“Orang ramai dinasihati supaya menjauhi semua bentuk perjudian haram,” kata SPF.
“Orang ramai boleh menghubungi Majlis Kebangsaan bagi Masalah Perjudian di talian 1800-6-668-668 jika mereka ingin mendapatkan bantuan untuk mengatasi ketagihan berjudi.”

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.