Enabling Village terus perkasa golongan kurang upaya
Enabling Village yang terletak di kawasan Redhill, adalah tempat yang menggalakkan semangat inklusif.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Enabling Village yang terletak di kawasan Redhill, adalah tempat yang menggalakkan semangat inklusif.
Ditubuhkan pada 2015 sebagai ruang masyarakat inklusif sepenuhnya yang pertama di Singapura, Enabling Village bertujuan menyokong latihan, pengambilan pekerja dan kehidupan golongan kurang upaya.
Tech Able juga ditempatkan di sana.
Inisiatif itu menggalak penggunaan teknologi bantuan, yang dilancarkan oleh SG Enable dan SPD.
Gim Inklusif Masyarakat ActiveSG yang pertama juga diperkenalkan di tempat yang sama.
Pada 2018, khidmat jagaan diperluaskan kepada para penjaga.
Sebuah pod khusus bagi penjaga juga dilancarkan.
Pada 2019, Karnival Jagaan yang diterajui para penjaga diadakan buat pertama kali.
Pada 2020, SG Enable mengambil alih kempen pendidikan awam, I'mable, daripada Majlis Kebangsaan Khidmat Sosial.
Antara inisiatifnya adalah I'mable Collective, yang menyediakan platform kreativiti.
Sejak 2020, I'mable Collective sudah mendampingi 1,400 individu kurang upaya (PWD) dan menjana lebih S$1.29 juta dalam hasil penjualan.
60 projek yang diusahakan sendiri turut diselesaikan.
Ia juga merupakan kali pertama festival Enabling Lives diadakan.
Pada 2022, tumpuannya lebih kepada peluang pembelajaran bermutu, yang membuka laluan kepada penubuhan Enabling Academy.
Kemudahan tersebut menawarkan para pelajar peluang untuk mempelajari kemahiran vokasional dan hidup secara berdikari.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.