Skip to main content

Singapura

Empat remaja termasuk berumur 12 tahun ditangkap kerana merompak

Empat orang, termasuk seorang remaja berusia 12 tahun, ditangkap pada Selasa (13 Okt) kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan menyebabkan kecederaan, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Empat remaja termasuk berumur 12 tahun ditangkap kerana merompak

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 10:19AM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 10:20AM

SINGAPURA: Empat orang, termasuk seorang remaja berusia 12 tahun, ditangkap pada Selasa (13 Okt) kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan menyebabkan kecederaan, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Tiga remaja lelaki dan seorang remaja perempuan itu berusia antara 12 dengan 16 tahun.

Menurut polis, mereka menerima laporan sekitar 11.35 malam pada Khamis lalu bahawa seorang pemandu teksi lelaki berusia 64 tahun "diserang dan dirompak" oleh empat orang yang tidak dikenali selepas beliau menurunkan mereka di Sungei Tengah Road.

Menerusi pertanyaan dan gambar-gambar dari rakaman CCTV serta kamera polis, para pegawai mengenal pasti identiti keempat-empat suspek dan menangkap mereka pada Selasa.

Siasatan awal menunjukkan bahawa tiga daripada remaja itu juga dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk rumah berasingan yang dilaporkan di Choa Chu Kang Avenue 7, kata polis.

Keempat-empat suspek akan didakwa pada Rabu atas kesalahan rompakan menyebabkan kecederaan. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara antara lima dengan 20 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita