Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Empat pegawai CNB cedera semasa berkas lelaki disyaki mengambil dadah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Empat pegawai dari Biro Narkotik Pusat (CNB) cedera pada Khamis (20 Okt) semasa memberkas seorang lelaki, 26 tahun, yang disyaki mengambil dadah.

Pada kira-kira 4.50 pagi Khamis, pegawai CNB menjalankan serbuan ke atas sebuah unit kediaman di Petir Road, selepas menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang dipercayai mengambil dadah terkawal.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), lelaki itu yang bersenjatakan pisau, bergelut dengan pegawai berkenaan ketika cuba mengelakkan daripada ditangkap, mencederakan empat pegawai CNB tersebut.

Tiga daripada pegawai itu dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan menerima rawatan bagi luka kelaran yang dialami, manakala, pegawai yang keempat cedera ringan.

Sebilah pisau, barangan disyaki dadah terkawal dan juga peralatan mengambil dadah dirampas di tempat kejadian.

Lelaki itu ditangkap atas kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja dalam menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya, disyaki mengambil dadah terkawal serta memliki dadah terkawal dan peralatan dadah.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (21 Okt). Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, dan didenda atau dirotan.

Siasatan CNB ke atas kesalahan lelaki itu berkaitan dengan dadah, sedang dijalankan.

"Home Team tidak bertolak ansur terhadap tindakan ganas yang begitu berani terhadap penjawat awam, yang sedang menjalankan tugas mereka dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang secara terang melanggar undang-undang," tegas SPF.
Sumber : CNA/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan