EMA umum dua kerjasama bernilai S$10 juta untuk percepat inovasi tenaga bersih
Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) hari ini (25 Okt) mengumumkan dua kerjasama baru bernilai S$10 juta kesemuanya, untuk mempercepatkan penggunaan tenaga bersih di Singapura dan meningkatkan keupayaan tempatan.
SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) hari ini (25 Okt) mengumumkan dua kerjasama baru bernilai S$10 juta kesemuanya, untuk mempercepatkan penggunaan tenaga bersih di Singapura dan meningkatkan keupayaan tempatan.
Ini sedang Singapura bergegas untuk mengurangkan karbon dan dan memenuhi sasaran jangka panjangnya untuk mengurangkan separuh pelepasan tertinggi gas rumah hijau pada 2030 menjelang 2050, dengan tujuan untuk mencapai sifar pengeluaran secepat mungkin pada separuh kedua abad ini.
EMA bekerjasama dengan JTC untuk melancarkan tender terbuka S$6 juta bagi inovasi-inovasi tenaga bersih di Pulau Jurong, dengan sokongan daripada Enterprise Singapore (ESG).
Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (25 Okt), ketiga-tiga pihak menyatakan permohonan untuk mengemukakan cadangan kini dibuka dan akan ditutup pada 24 Januari 2022. Ia terbuka untuk pemain industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta masyarakat penyelidik.
Dana akan diperuntukkan untuk menyokong prototaip dan demonstrasi huraian di Pulau Jurong selama dua tahun akan datang, tambah ketiga-tiga pihak.
Tender terbuka itu bertujuan untuk memberi tumpuan kepada usaha memajukan teknologi tenaga bersih dalam tenaga boleh diperbaharui, seperti perkembangan terkini dalam bahan fotovoltaik (PV) suria, kaedah inovatif dalam menggunakan PV solar dan pertukaran tenaga suria secara cekap untuk kegunaan industri.
Bidang tumpuan lain termasuk huraian rendah karbon serta sistem penyimpanan tenaga dengan keselamatan kebakaran yang lebih baik dan teknologi dengan kepadatan tenaga yang lebih tinggi untuk mengurangkan kawasan tanah yang diperlukan untuk melaksanakannya di Singapura.
Ketua Eksekutif EMA, Ngiam Shih Chun berkata bidang-bidang itu adalah "kunci" untuk menghapuskan karbon dalam sektor kuasa Singapura, yang kini menyumbang sekitar 40 peratus daripada jumlah pengeluaran karbon Singapura.
Kerjasama baru itu akan disokong oleh daya usaha Inovasi Terbuka ESG, yang bertujuan membantu SME dan syarikat pemula membangunkan huraian inovatif.
BANGUNKAN KEUPAYAAN SYARIKAT TENAGA TEMPATAN
EMA juga mengumumkan kerjasama dengan Envision Digital International, penyedia sistem operasi 'Artificial Intelligence-of-Things' (aIoT), untuk membangunkan keupayaan syarikat tenaga tempatan, dengan sokongan ESG.
Dalam kenyataan medianya, kedua-dua syarikat menyatakan pihaknya akan memberi tumpuan kepada tenaga yang boleh diperbaharui, kecekapan tenaga bandar dan huraian rendah karbon untuk mempercepatkan cita-cita Singapura untuk mencapai sifar pengeluaran.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Envision Digital melancarkan program yang dipanggil Net Zero Startup Challenge yang direka untuk membangunkan kemampuan syarikat pemula dan SME, serta mengembangkan perniagaan mereka dalam landskap tenaga bersih.
Syarikat-syarikat yang disenarai pendek akan mendapat bimbingan daripada Envision Digital serta latihan dan pensijilan dalam sistem operasi Envision Digital untuk memperdalamkan kemampuan digital, termasuk kecerdasan buatan.
Syarikat yang disenarai pendek juga akan berpeluang untuk mengembangkan lagi huraian mereka dengan memohon pembiayaan R&D pasca program yang disediakan oleh EMA, yang akan dianugerahkan berdasarkan "asas daya saing".
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.