Skip to main content

Singapura

EMA uji kemudahan simpan tenaga suria yang mampu bekal kuasa kepada 200 flat sehari

Menyimpan tenaga suria untuk masa-masa hujan. Itulah yang mahu dicapai Penguasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA) dengan mula menguji sebuah kemudahan menyimpan tenaga yang baru bagi membekalkan tenaga kepada lebih 200 unit perumahan sehari.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Oct 2020 09:09PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 09:13PM

SINGAPURA: Menyimpan tenaga suria untuk masa-masa hujan.

Itulah yang mahu dicapai Penguasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA) dengan mula menguji sebuah kemudahan menyimpan tenaga yang baru bagi membekalkan tenaga kepada lebih 200 unit perumahan sehari.

Projek tersebut dilaksanakan bagi memenuhi matlamat untuk membekalkan elektrik kepada 350,000 unit rumah menggunakan tenaga suria menjelang 2030.

Kemudahan baru yang diuruskan SP Group itu bertujuan menyediakan tenaga suria kepada grid tenaga tanpa mengira keadaan cuaca.

Ia juga menyimpan tenaga bagi kegunaan pada masa depan seperti apabila terdapat permintaan elektrik yang tinggi.

Para jurutera sedang menilai prestasi kemudahan tersebut dalam cuaca Singapura yang panas dan lembap bagi membantu menghasilkan garis panduan baru.

EMA menyatakan kemudahan tersebut akan beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, kemudahan-kemudahan serupa yang lebih kecil sudahpun dipasang di lima blok flat HDB di Punggol dalam satu kerjasama dengan firma tenaga suria, Sunseap.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita