Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EMA, Shell lancar geran baru; gesa SME hasilkan huraian tenaga bersih lagi bijak

Sebuah geran baru  dilancarkan bagi syarikat-syarikat pemula meningkatkan keupayaan dalam daya tenaga bersih lagi bijak. Ia diumumkan bersama oleh Penguasa Daya Tenaga (EMA) bersama syarikat Shell.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jul 2020 06:16PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 09:06PM

SINGAPURA: Sebuah geran baru dilancarkan bagi syarikat-syarikat pemula meningkatkan keupayaan dalam daya tenaga bersih lagi bijak. Ia diumumkan bersama oleh Penguasa Daya Tenaga (EMA) bersama syarikat Shell.

EMA serta Shell mencari syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang dapat menghasilkan sistem pengurusan daya tenaga bijak.

Ini bagi membekalkan stesen-stesen minyak Shell di merata negara dengan sistem simpanan daya tenaga yang ada ciri-ciri penyejuk dan selamat daripada kebakaran.

Tenaga suria juga harus disepadukan dalam sistem tersebut. Kedua, ia juga harus menawarkan kemudahan mengecas kenderaan elektrik.

Sekarang ini, terdapat 10 stesen minyak Shell yang mempunyai tempat mengecas DC.

Geran akan ditawarkan bagi idea-idea yang membolehkan masa mengecas kenderaan dipercepatkan tiga kali lebih pantas, bergantung kepada pembuatan dan modelnya.

Syarikat pemula yang berjaya boleh menguji huraian masing-masing di tiga stesen minyak Shell.

Permohonan akan ditutup pada 6 Ogos ini.

Sumber : CNA/AA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan