EMA mohon saranan untuk import elektrik rendah karbon ke S'pura
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Xabryna Kek
SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Jumaat (1 Jul) memohon buat kali kedua saranan-saranan untuk mengimport elektrik rendah karbon ke Singapura.
Para pengimport perlu menunjukkan keandalan bekalan, kredibiliti, rekod prestasi, daya saing kos dan keupayaan untuk membekalkan dan menguruskan pengeluaran karbon bekalan penjanaannya, menurut EMA.
Saranan-saranan untuk elektrik yang dibekalkan menggunakan teknologi yang dijana melalui batu arang tidak akan diterima.
Pihak-pihak yang berminat mesti menyerahkan saranan mereka sebelum pukul 3.00 petang pada 29 Disember 2023.
EMA juga boleh juga memberikan Kelulusan Bersyarat bagi saranan-saranan yang berdaya maju dan menarik pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut.

Para pengimport yang berminat dinasihatkan supaya menyerahkan saranan mereka kepada EMA secepat mungkin.
Dengan proses yang dikemas kini, EMA menyatakan bahawa Singapura berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran 4 gigawatt (GW) menjelang 2035.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.