Skip to main content

Singapura

EMA luluskan dua projek import elektrik rendah karbon dari Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Aug 2026 07:44PM Dikemas Kini : 09 Sep 2026 07:28PM
  • Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura memberi kelulusan bersyarat kepada Sembcorp Utilities dan Southern Solar Alliance untuk mengimport 900 megawatt elektrik rendah karbon dari Malaysia.
  • Tenaga yang diimport akan dijana melalui kuasa suria dan sistem penyimpanan tenaga bateri di Johor.
  • Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Singapura mengurangkan pengeluaran karbon dalam sektor tenaga, dengan operasi dijangka bermula sekitar 2029.
  • EMA sebelum ini telah meluluskan 13 projek import elektrik dari negara seperti Australia dan Kemboja.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) memberikan kelulusan bersyarat kepada dua syarikat untuk mengimport sebanyak 900 megawatt bekalan elektrik rendah karbon dari Malaysia.

Menurut (EMA), langkah itu adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk mengurangkan pengeluaran karbon dalam sektor tenaga.

Sembcorp Utilities dan Southern Solar Alliance menyasar untuk memulakan operasi pada sekitar 2029.

Kedua-dua syarikat itu akan mengimport tenaga yang dijana oleh kuasa suria dan sistem penyimpanan tenaga bateri di Johor.

Sejauh ini, (EMA) sudah memberikan kelulusan bersyarat dan lesen untuk 13 projek import elektrik dari negara-negara seperti Australia dan Kemboja.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita