Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EMA lanjutkan langkah jamin tenaga elektrik hingga 30 Jun di tengah ketidaktentuan global

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Langkah-langkah yang dilaksanakan untuk meningkatkan jaminan tenaga Singapura akan dilanjutkan hingga akhir Jun, umum Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Khamis (30 Mac).

Pelanjutan tempoh itu disebabkan masalah tenaga global dan konflik di Ukraine, menurut EMA.

"Harga gas global meningkat dengan ketara kerana permintaan tinggi dan bekalan yang ketat. Konflik di Ukraine memburukkan lagi risiko gangguan bekalan gas dan minyak," menurut agensi itu.

Memandangkan sekitar 95 peratus tenaga elektrik Singapura dijana daripada gas asli yang diimport, pengguna tidak dapat dilindungi daripada turun naik global dan harga tenaga yang lebih tinggi, tambahnya.

"EMA akan memantau keadaan dan mempertimbangkan untuk melanjutkan lagi langkah-langkah jika perlu, bergantung pada keadaan tenaga global dan kesannya ke atas Singapura."

Diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, langkah-langkah tersebut termasuk menubuhkan kemudahan LNG yang mana syarikat menjana elektrik (gencos) boleh menggunakan bekalan simpanan untuk menjana elektrik apabila bekalan gas asli terganggu.

Gencos juga diarah mengekalkan minyak yang mencukupi untuk menjana kuasa, berdasarkan kapasiti penjanaan yang ada, sebagai tambahan kepada keperluan rizab minyak sedia ada yang ditetapkan di bawah lesen mereka.

Dalam itu, peraturan yang diubah suai membolehkan EMA mengarahkan genco untuk menjana elektrik menggunakan gas dari kemudahan simpanan LNG, jika kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan tenaga di Pasaran Elektrik Borong Singapura. Tujuannya untuk mengekalkan jaminan dan kebolehpercayaan sistem kuasa.

Langkah-langkah tersebut telah membantu memastikan bekalan minyak dan elektrik mencukupi, menurut EMA.

Pihak berkuasa itu menambah bahawa langkah-langkah sedemikian juga mampu memantapkan Harga Tenaga Singapura Seragam (USEP) kepada sekitar kos pengeluaran elektrik - purata S$350 setiap megawatt sejam (MWj) pada suku pertama tahun lalu, berbanding purata S$460 setiap MWj pada suku keempat 2021.

Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) - yang membolehkan genco menggunakan kemudahan minyak EMA untuk menjana elektrik - juga akan dilanjutkan hingga akhir Jun, menurut EMA.

Ia bagi membantu pengguna besar bukan kediaman seperti perniagaan - yang menggunakan sekurang-kurangnya 4 megawatt-jam (MWj) mendapatkan pelan harga tetap dan kontrak runcit dengan komponen harga tetap yang ketara daripada genco.

"Setakat ini, genco dan peruncit yang mengambil bahagian menyediakan bekalan yang mencukupi di bawah TRECS untuk memenuhi permintaan, secara sukarela," menurut EMA.

Agensi itu menyatakan ia juga bekerjasama dengan Sembcorp Power dan Keppel Electric untuk menawarkan kontrak harga tetap lebih lama antara enam bulan hingga tiga tahun bagi pengguna perniagaan dengan purata penggunaan dari 4MWj hingga 50MWj sebulan.

Kadar elektrik tetap yang ditawarkan bagi pelan dua tahun dan tiga tahun berharga 25 sen setiap KWj, tidak termasuk caj pihak ketiga seperti caj penghantaran dan caj pasaran.

Pengguna yang layak dan ingin mendapatkan kepastian harga boleh mempertimbangkan untuk mendaftar bagi pelan harga tetap itu, kata EMA.

Tambahnya, pihak berkuasa maklum akan tekanan kos yang dihadapi isi rumah dan perniagaan.

Sehubungan itu, ia menggesa pengguna supaya memainkan peranan mereka dengan menjimatkan penggunaan tenaga.

Sumber : CNA/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan