EMA lancar pelan manfaat generator sokongan, sistem bateri tingkat keandalan grid tenaga SG
Anggaran Waktu Membaca:
- Rangkaian tenaga Singapura dijangka menjadi lebih kompleks apabila permintaan bagi kenderaan elektrik (EV) meningkat dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan berkala diperkenalkan ke dalam sistem.
- Bagi menghadapi perubahan ini, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Rabu (29 Okt) melancarkan peta hala tuju yang memperincikan langkah-langkah untuk memastikan rangkaian tenaga bersedia untuk masa depan, termasuk penggunaan "sumber mengikut permintaan" untuk menyumbang kepada keperluan tenaga negara.
- Dr Tan berkata EMA juga akan melancarkan program perintis loji jana kuasa maya (virtual power plant).
- Mengenai kesalinghubungan, Dr Tan berkata grid tenaga serantau memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan tenaga.
SINGAPURA: Rangkaian tenaga Singapura dijangka menjadi lebih kompleks apabila permintaan bagi kenderaan elektrik (EV) meningkat dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan berkala diperkenalkan ke dalam sistem.
Bagi menghadapi perubahan ini, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Rabu (29 Okt) melancarkan peta hala tuju yang memperincikan langkah-langkah untuk memastikan rangkaian tenaga bersedia untuk masa depan, termasuk penggunaan "sumber mengikut permintaan" untuk menyumbang kepada keperluan tenaga negara.
Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains & Teknologi, Tan See Leng berkata peta hala tuju itu penting untuk memastikan fleksibiliti grid, yang merupakan salah satu keutamaan Singapura dalam menjamin rangkaian tenaga.
Berucap di Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik, iaitu acara yang dianjurkan oleh SP Group dan diadakan sempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura 2025, Dr Tan berkata walaupun rangkaian tenaga Singapura adalah antara yang paling andal di dunia, usaha negara ini untuk mengurangkan karbon akan menimbulkan cabaran baharu.
Dr Tan menekankan bahawa sumber tenaga biasanya terletak jauh dari pusat permintaan, menghasilkan talian penghantaran yang panjang.
Selain itu, terdapat cabaran operasi dan ketidakpastian pada rangkaian tenaga, memandangkan tenaga yang boleh diperbaharui, seperti tenaga solar, bersifat berkala.
Permintaan Singapura bagi elektrik juga dijangka meningkat dengan lebih banyak perniagaan dan kemudahan yang memerlukan bekalan elektrik yang besar dan stabil, seperti pusat data dan EV.
“Pengurusan grid akan menjadi lebih kompleks dengan profil beban baharu ini,” tambah beliau.
“Bagi mengekalkan daya saing dalam peralihan tenaga, Singapura menumpukan kepada tiga keutamaan untuk memastikan grid kita bersedia untuk masa depan - iaitu kesalinghubungan, daya tahan, dan fleksibiliti,” kata Dr Tan.
Bagi menangani isu ini, EMA akan meneroka peta hala tuju fleksibiliti mengikut permintaan, yang bertujuan untuk membolehkan grid menggunakan sumber tenaga teragih (distributed energy resources) yang “tidak digunakan sepenuhnya”, seperti sistem penyimpanan tenaga bateri dan generator sokongan.
Ini bermakna sumber tersebut, yang disimpan dalam keadaan bersedia apabila tidak digunakan, boleh digunakan untuk menyokong keperluan tenaga Singapura secara “hampir berterusan”.
EMA dalam kenyataannya berkata: “Sumber ini biasanya disimpan dalam keadaan bersedia, membolehkan pengaktifan dengan notis yang singkat.
"Keupayaannya untuk mengekalkan pengurangan beban dalam tempoh panjang menunjukkan ia berpotensi memberi khidmat tambahan di samping peranan operasi utamanya.”
Sumber tenaga teragih dan pengguna atau kemudahan elektrik, yang memerlukan bekalan tenaga tinggi dan berterusan, boleh menjadi “cara yang diyakini dan berskala untuk menyumbang kepada rizab sistem,” kata EMA.
EMA akan membuka tender untuk menilai daya maju dan reka bentuk program yang boleh memberi insentif kepada pihak berkaitan untuk menyumbang kepada daya maju grid secara berterusan.
Sebagai sebahagian daripada peta hala tuju ini, EMA juga akan memperluaskan program beban boleh sampuk (interruptible load) yang disasarkan kepada pengguna perniagaan.
Skim ini membolehkan peserta yang layak mendapat pampasan kerana berada dalam keadaan bersedia dan mengurangkan permintaan elektrik apabila grid menghadapi kekangan bekalan.
Pihak berkuasa merancang untuk memberi lebih banyak kepastian kepada peserta ini semasa kecemasan dengan mengurangkan tempoh pengaktifan beban boleh sampuk kepada 30 minit.
Butiran pelaksanaan masih belum dimuktamadkan.
EMA menyatakan sumber beban boleh sampuk sedia ada “bersifat oportunistik”, kerana peserta hanya mengurangkan beban apabila jadual mengizinkan.
Peserta ini, yang kebanyakannya kilang atau khidmat pengeluaran, tidak boleh menawarkan kapasiti secara konsisten atau untuk tempoh panjang kerana mereka perlu mengekalkan operasi utama mereka.
Dr Tan berkata EMA juga akan melancarkan program perintis loji jana kuasa maya (virtual power plant).
Loji jana kuasa maya adalah platform digital yang boleh menggabungkan dan mengoptimumkan sumber tenaga yang diagihkan seperti solar dan bateri sebagai satu sumber tenaga.
Program perintis ini akan menilai bagaimana ia boleh memenuhi keperluan sistem.
GRID TENAGA SERANTAU
Mengenai kesalinghubungan, Dr Tan berkata grid tenaga serantau memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan tenaga.
“Ia membolehkan kita memaksimumkan potensi tenaga boleh diperbaharui yang pelbagai di rantau ini dan mengukuhkan daya tahan grid melalui sokongan bersama,” kata Dr Tan, sambil menunjukkan langkah konkrit yang sudah diambil ke arah Grid Tenaga ASEAN menjelang 2045.
Beliau menekankan bahawa para pemimpin ASEAN meluluskan terma rujukan bagi penubuhan rangka kerja kabel tenaga dasar laut semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 baru-baru ini, yang digambarkannya sebagai “pencapaian yang sangat penting”.
“Apabila direalisasikan, rangka kerja ini akan memudahkan negara anggota ASEAN menjalankan kajian marin, serta pemasangan, penyenggaraan dan perlindungan kabel tenaga dasar laut di rantau ini,” katanya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.