Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EMA keluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat untuk akses potensi tenaga geoterma di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sudah mengeluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat (RFI) dalam usaha untuk mengakses potensi tenaga geoterma di Singapura sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan jumlah gas karbon bagi masa hadapan tenaga yang lebih mampan.

RFI adalah untuk memudahkan penyiasatan geofizik kepada kemungkinan pendekatan, kaedah dan butiran pelaksanaan dalam menjalankan penilaian potensi geoterma, menurut EMA dalam satu kenyataan media hari ini (20 Apr).

Ia adalah sebagai persediaan bagi pelancaran Permohonan bagi Cadangan untuk menilai daya maju dan sejauh mana ia boleh diperluaskan menggunakan sistem geoterma di Singapura, tambah EMA.

Singapura boleh mempertimbangkan pilihan teknologi yang sedia ada untuk menggunakan tenaga geoterma secara tempatan, dengan potensi sumber-sumber geoterma bermutu dengan lebih terperinci, menurut EMA.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Alvin Tan berkata di Parlimen pada April bahawa tenaga geoterma ada "sumber tenaga yang menarik" kerana ia berpotensi menyediakan bekalan tenaga yang lebih konsisten berbanding solar.

Walaupun sistem geoterma tidak boleh didapati di Singapura dek kekurangan sumber air panas dan takungan air yang cetek, ada kemungkinan bahawa kami boleh mendapatkan tenaga geoterma daripada bawah tanah disebabkan kemajuan dalam teknologi, kata Encik Tan.

Universiti Teknologi Nanyang kini sedang menjalankan kajian untuk menganggarkan potensi sumber geoterma di pelbagai kawasan di Singapura, kata beliau.

Kajian kawasan termasuk Taman Mata Air Panas Sembawang.

Pihak yang berminat dengan Permohonan Mendapatkan Maklumat (RFI) harus menyerahkan permohonan mereka kepada EMA selewat-lewatnya pada 20 Mei 2022, pada pukul 11.59 malam. Anda juga boleh mendapatkan butiran lanjut secara online di https://go.gov.sg/geothermalrfi.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan