EMA jalin 2 kerjasama baru bernilai S$12 juta bagi pacu sektor daya tenaga S'pura
Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menjalin dua kerjasama baru bernilai S$12 juta bagi memacu sektor daya tenaga Singapura, khususnya dalam bidang penyimpanan tenaga dan pendigitalan.
SINGAPURA: Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menjalin dua kerjasama baru bernilai S$12 juta bagi memacu sektor daya tenaga Singapura, khususnya dalam bidang penyimpanan tenaga dan pendigitalan.
EMA dan PSA Singapore bakal menawarkan geran bagi syarikat-syarikat yang membangunkan huraian bijak untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pengeluaran karbon Terminal Pasir Panjang.
Rakan-rakan industri juga berpeluang untuk menguji huraian inovatif mereka dengan PSA Singapore selain memanfaatkan rangkaian global PSA untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Di bawah kerjasama EMA dengan syarikat Shell pula, satu program khas bagi menyokong syarikat-syarikat pemula tempatan, akan dilakarkan.
Program tersebut sekaligus membantu syarikat-syarikat untuk membangunkan dan menguji huraian dalam bidang tenaga, di samping menyediakan wadah untuk memasarkan huraian masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.