Elemen warisan, koridor bas sahaja antara pelan bagi Chencharu, kawasan perumahan baharu Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Chencharu, kawasan perumahan baharu di Yishun, akan memaparkan elemen-elemen sejarah dan warisan. Ini selain menyediakan pelbagai kemudahan serta satu "koridor bas sahaja".
Pelan bagi kawasan perumahan baharu berhampiran stesen MRT Khatib itu didedahkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Rabu (12 Jun), sebelum projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama Chencharu dilancarkan untuk dijual bulan ini.
Diumumkan pada Mac lalu bahawa sekitar 10,000 rumah akan dibina di Chencharu menjelang 2040. Sekitar 1,270 unit akan disediakan bagi projek BTO pertama, yang terdiri daripada flat dua bilik Flexi hingga flat lima bilik.
Projek BTO pertama Chencharu itu diilhamkan oleh sejarah tapak tersebut - iaitu sebuah banglo dari era kolonial berusia sekitar 100 tahun yang terletak di 50 Bah Soon Pah Road.
Banglo itu merupakan rumah ladang, yang berkemungkinan dibina pada awal 1910-an oleh firma Bukit Sembawang Rubber Company. Beberapa ciri pembangunan akan digabungkan dalam pembangunan blok HDB dan kemudahan.
Contohnya permukaan merah, hitam dan putih projek BTO itu mencerminkan warna banglo berkenaan.
Garis hitam di sekeliling beberapa tingkat pertama blok itu akan menandakan ketinggian banglo tersebut daripada tanah.
Ciri-ciri banglo itu juga akan digunakan dalam rekaan kemudahan lain seperti kawasan berbumbung di bahagian landskap, tempat menurunkan penumpang serta astaka kawasan itu.
Banglo itu juga akan disesuaikan bagi kegunaan masyarakat di dalam sebuah taman baharu, yang menyediakan satu laluan warisan, yang memaparkan siri taman dan papan cerita.

Chencharu menempatkan ladang-ladang pada tahun 1900-an sebelum ia dibangunkan semula bagi pelbagai kegunaan.
Dua penyewa di kawasan itu, termasuk taman riadah Orto, yang menempatkan kolam pancing udang dan longkang, meninggalkan kawasan itu Jun lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan semula.
Satu lagi penyewa, pertubuhan bukan untuk untung Ground-Up Initiative, akan berpindah ke satu tempat bersebelahan HomeTeamNS Khatib, bersama Muzium Penyu dan Kura-kura Hidup, menurut HDB.
"Ini bukan sahaja membolehkan aktiviti masyarakat sedia ada di ruang-ruang rekreasi unik ini diteruskan, tetapi juga membuka peluang untuk menjalin ikatan sosial yang kukuh dengan penduduk baharu Chencharu," tambah HDB.
LALUAN MASYARAKAT, PILIHAN PENGANGKUTAN AWAM
Di tengah-tengah Chencharu, perancangannya adalah untuk membina sebuah laluan masyarakat sebagai jalan utama timur-barat, untuk menghubungkan taman baharu itu ke taman kejiranan sedia ada berhampiran MRT Khatib.
Satu jalan baharu utara-selatan yang dipanggil Chencharu Link akan dibina melalui kawasan tengah Chencharu, dengan pembangunan perumahan dan kemudahan di sana.
"Jalan sepanjang 400 meter itu akan ditetapkan sebagai koridor bas sahaja, menyediakan ruang jalan khusus untuk perjalanan bas yang lebih lancar," menurut HDB.
Turut dibina adalah laluan berbasikal yang dihubungkan dengan rangkaian berbasikal di luar Yishun, memberikan para pengayuh basikal akses untuk ke bandar-bandar kejiranan seperti Sembawang, serta ruang kemudahan seperti Kolam Air Lower Seletar.

STRATEGI REKAAN MAMPAN
Pembangunan Chencharu akan dibimbang oleh strategi rekaan mampan, menurut HDB.
Contohnya, rumah akan menghala ke arah utara-selatan untuk meningkatkan pengudaraan semula jadi dan memastikan pancaran matahari yang memasuki rumah-rumah flat berada pada tahap minimum.
"Jika diperlukan, kajian mengenai aliran angin, suhu, sinaran suria dan analisis bayang-bayang matahari akan dijalankan untuk menyediakan persekitaran hidup yang hijau dan selesa," menurut HDB.
"Rumah-rumah juga akan diberi peruntukan untuk memudahkan penggunaan huraian rumah bijak."
Selain daripada projek BTO pertama Chencharu, projek-projek lain di Jurong East, Tampines, Woodlands dan Queenstown juga akan dilancarkan buat jualan bulan ini.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.