Electrolux akan tutup pejabat serantau di SG, pindah pasukan kepimpinan ke Bangkok
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Hannibal Hanschke/Reuters
SINGAPURA: Pembuat peralatan rumah Sweden Electrolux akan menutup pejabat serantaunya di Singapura dan memberhentikan para pekerjanya.
Syarikat tersebut menyatakan pada Jumaat (2 Feb) bahawa pasukan kepimpinan komersil Asia-Pasifik (APAC) dan Timur Tengah dan Afrika (MEA) juga akan berpindah ke Bangkok.
"Dengan penubuhan komersil yang baru ditubuhkan bagi APAC dan MEA, Australia dan Thailand akan menjadi hab utama bagi Electrolux Group di rantau ini," kata Cik Samar Refai, pengarah komunikasi Electrolux bagi dua rantau itu dalam menjawab pertanyaan Mediacorp.
"Mempunyai keupayaan dan kecekapan serantau dalam hab ini memastikan dekatnya kami dengan pelanggan, pengguna, tapak pembuatan, R&D dan pusat inovasi kami. "
Beliau bagaimanapun tidak mengulas bilangan kakitangan di Singapura yang akan diberhentikan kerja.
"Mereka yang terjejas akan ditawarkan dengan tahap sokongan maksimum semasa tempoh peralihan yang akan datang dan akan ditangani dengan penuh hormat," jelas Cik Refai, sambil menambah bahawa tiada butiran lanjut akan diberikan mengenai jenis perjanjian kolektif dengan pekerja yang terjejas.
Langkah tersebut tidak akan menjejas pejabat jualan Singapura itu di Braddell.
"Keputusan itu tidak memberi sebarang kesan kepada hubungan perniagaan dan perdagangan operasi di mana-mana pasaran Electrolux Group di APAC dan MEA," tambah jurucakap itu.
"SATU LAGI TAHUN YANG MENCABAR"
Dalam satu laporan pendapatan yang dikeluarkan pada Jumaat, Electrolux menyatakan bahawa kerugian bersihnya adalah lebih daripada tiga kali ganda pada tahun 2023, melihat kepada inflasi yang melambung tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi dan ketegangan geopolitik yang memberi kesan kepada para pengguna.
Ketua Eksekutif syarikat itu Jonas Samuelson menarik perhatian bahawa 2023 "terbukti menjadi satu lagi tahun yang mencabar" apabila kerugiannya bertambah kepada 5.2 bilion kronor (S$ 671 juta).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.