ELD mohon maaf selepas hampir 10,000 pengundi di GRC Tanjong Pagar terima 2 kad undi ekoran kesilapan pencetak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) memohon maaf pada Khamis (24 Ogos) selepas syarikat pencetak tersalah menghantar cetakan ujian bersama dengan kad undi yang betul. Ini menyebabkan hampir 10,000 pengundi menerima dua kad setiap seorang.
Dalam kenyataannya, ELD menyatakan bahawa ia telah menerima maklum balas daripada sesetengah pengundi dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tanjong Pagar, yang menyatakan mereka menerima dua kad undi dengan Nombor Siri Pengundi (VSN) yang berbeza.
Syarikat pencetak itu, Toppan, telah menghantar cetakan kad undi ujian kepada sejumlah 4,803 isi rumah, yang membentuk 9,822 pengundi dari GRC Tanjong Pagar.
Daripada jumlah tersebut, 9,354 pengundi menerima dua kad undi dengan nombor siri berbeza, manakala selebihnya menerima dua kad undi dengan maklumat yang sama.
Para pengundi yang terjejas diarahkan supaya mengundi di Sekolah St Margaret, Balai Rakyat Tanglin, Sekolah Rendah Farrer Park dan pusat mengundi Dewan Sukan Delta di GRC Tanjong Pagar.
"ELD sedang dalam proses menghubungi para pengundi yang terjejas untuk memaklumkan mereka tentang VSN yang betul," menurut ELD. "Para pengundi juga boleh mendapatkan butiran yang betul daripada kad ePoll mereka menggunakan Singpass, yang tepat dan tidak terjejas oleh kesilapan pencetakan ini."
Para pengundi yang terjejas boleh membuang kad undi yang salah. Mereka juga boleh menghubungi 1800-CALL-ELD jika mereka memerlukan bantuan.
"Kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku pada pengundi yang terjejas," jelas ELD.
"ELD ingin memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa proses sedia ada untuk memastikan pengundi dengan dua kad undi hanya boleh mengundi sekali sahaja di pusat mengundi yang betul kerana pengundi juga perlu menunjukkan NRIC mereka, yang akan disahkan berdasarkan daftar pengundi di pusat mengundi.
Rakyat Singapura akan keluar mengundi bagi memilih presiden Singapura yang kesembilan pada 1 Sep yang telah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Calon-calon Presiden yang bertanding adalah mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC Ng Kok Song, mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan mantan Ketua Eksekutif NTUC Income Tan Kin Lian.
Selain kad undi fizikal, para pengundi yang layak juga boleh menggunakan Singpass mereka untuk mengakses kad ePoll masing-masing. Mereka juga mesti membawa NRIC untuk mengesahkan identiti mereka.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.