Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Elaun Latihan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture diperluas termasuk sokong lulusan ITE

Pekerja pertengahan kerjaya yang mahu mengikuti kursus sambilan, tidak lama lagi boleh memohon elaun latihan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Mar 2025 06:57PM Dikemas Kini : 06 Mar 2025 11:38PM
SINGAPURA: Pekerja pertengahan kerjaya yang mahu mengikuti kursus sambilan, tidak lama lagi boleh memohon elaun latihan.

Elaun Latihan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture akan diperluaskan untuk meliputi sebilangan kursus-kursus sedemikian.

Ini antara langkah-langkah yang diumumkan Belanjawan 2025 untuk menyokong keperluan rencam tenaga kerja.

Sokongan lain termasuk memperluas pilihan kursus diploma bagi lulusan ITE.

Mulai 10 Mac, rakyat Singapura berusia 40 tahun ke atas yang mengikuti kursus sepenuh masa boleh memohon elaun latihan itu.

Mereka yang bekerja dalam tempoh 12 bulan terkini, layak mendapatkan elaun tersebut.

Elaun yang diberi adalah separuh daripada purata pendapatan pemohon, iaitu antara S$300 hingga S$3,000.

Mereka yang mahu bekerja dan mengikuti latihan sambilan boleh memanfaatkan elaun itu mulai awal 2026.

Mereka akan menerima S$300 sebulan bagi menampung perbelanjaan latihan seperti bagi buku dan pengangkutan.

Kursus-kursus yang layak termasuk Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture.

Semua rakyat Singapura layak bagi elaun 24 bulan itu, untuk sepanjang hayat mereka.

Bagi lulusan ITE berusia 30 tahun ke bawah yang mahu mengikuti diploma Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), mereka akan menerima anugerah yang sama seperti mana rakan-rakan sebaya mereka dari Institut Pengajian Tinggi lain, mulai Jun ini.

S$5,000 akan ditokok ke Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) mereka.

Tokokan S$10,000 juga akan dibuat ke tabung persaraan mereka.

Mereka yang mengikuti diploma WSQ setakat 1 Jun lalu boleh menerima anugerah itu, tidak kira usia mereka.

Lulusan berusia 31 tahun yang mendaftar bagi diploma WSQ pada separuh kedua tahun 2025 juga layak bagi anugerah tesebut.

"Kami juga akan menyediakan pelbagai laluan untuk memenuhi aspirasi para pelajar kita yang berbeza-beza dan mengalu-alukan lebih ramai pelajar untuk memanfaatkan peralihan semula kursus Institut Pendidikan Teknikal ^kepada struktur kurikulum ITE tiga tahun yang dipertingkatkan menjelang tahun akademik 2026 untuk memberi peluang kepada lebih ramai lulusan ITE meningkatkan kemahiran melalui diploma," kata Menteri Kedua Pendidikan, Encik Maliki Osman.

"Kami akan memperluaskan Anugerah Kemajuan ITE atau IPA kepada kursus-kursus diploma yang dikeluarkan oleh Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ). Kami harap lebih ramai graduan kita yang dapat mempertingkatkan kemahiran mereka dengan tema dalam pembelajaran sepanjang hayat mereka," tambahnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan