Elaun kemahiran jurulatih Home Team mungkin naik dengan ketara sedang peranan semakin mencabar
Para jurulatih di pelbagai agensi keselamatan Singapura mungkin menikmati peningkatan ketara dalam elaun kemahiran mereka sedang peranan mereka menjadi semakin mencabar dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
- Trainers at Singapore’s security agencies may receive an increase in their skills allowance as their duties become more challenging in technology- and AI-driven training.
- Sim Ann said at the Home Team Training Excellence Awards on Sep 30 that recognition should keep pace with growing operational capabilities.
- More than 30,000 officers will move from the existing e-learning system to a new AI-based training platform under the Home Team Academy’s efforts.
- The Home Team Academy is upgrading learning spaces, piloting AI tools and testing AI assistance for lesson planning, while details of the allowance will be announced in 2027.
- Jurulatih di agensi keselamatan Singapura mungkin menerima kenaikan elaun kemahiran kerana tugas mereka semakin mencabar dalam latihan yang dipacu teknologi dan AI.
- Sim Ann berkata di Anugerah Kecemerlangan Latihan Home Team pada 30 Sep bahawa pengiktirafan perlu seiring peningkatan keupayaan operasi.
- Lebih 30,000 pegawai akan beralih daripada sistem e-pembelajaran sedia ada kepada platform latihan baharu berasaskan AI di bawah usaha Akademi Home Team.
- HTA menaik taraf ruang pembelajaran, merintis alat AI dan menguji bantuan AI untuk perancangan pelajaran, manakala butiran elaun diumumkan pada 2027.
SINGAPURA: Para jurulatih di pelbagai agensi keselamatan Singapura mungkin menikmati peningkatan ketara dalam elaun kemahiran mereka sedang peranan mereka menjadi semakin mencabar dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar Sim Ann berkata pengiktirafan yang dipertingkat perlu berjalan seiring dengan peningkatan keupayaan, memandangkan persekitaran operasi semakin didorong oleh teknologi.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Anugerah Kecemerlangan Latihan Home Team pada Rabu (30 Sep).
Pada masa yang sama, lebih 30,000 pegawai akan beralih ke platform latihan baharu berasaskan AI bagi menggantikan sistem e-pembelajaran sedia ada.
"Kecemerlangan dalam latihan dan pembelajaran adalah perjalanan yang berterusan. Kita mesti terus bereksperimen, membuat penyesuaian dan mencari cara-cara baharu bekerjasama merentasi Home Team," kata Cik Sim.
"Sebagai tindak balas, Akademi Home Team (HTA) mengorak langkah konkrit untuk mengubah pembelajaran dan latihan kami."
Menurut beliau, usaha itu termasuk menaik taraf ruang pembelajaran fizikal serta merintis penggunaan peralatan berkuasa AI.
AI UBAH CARA PEGAWAI MENJALANI LATIHAN
Sebahagian teknologi tersebut sudah mula mengubah cara para pegawai Home Team menjalani latihan.
Latihan di bilik darjah tradisional misalnya diubah menjadi cabaran interaktif, dengan para pelatih menyelesaikan tugasan menggunakan alat digital.
AI juga sedang diuji untuk membantu para jurulatih merancang pelajaran dan penilaian.
Langkah itu bertujuan membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa dan memberi tumpuan kepada pengajaran.
Pada masa yang sama, para jurulatih kini dijangka membawa kepakaran operasi dan kemahiran khusus dalam menjalankan tugas mereka.
Peningkatan elaun kemahiran yang dicadangkan bertujuan mengiktiraf tuntutan tersebut.
Perincian mengenai peningkatan elaun itu akan diumumkan pada 2027.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.