Elaun bulanan sehingga S$1,500 bagi pekerja bergaji rendah giat tingkatkan kemahiran
Anggaran Waktu Membaca:
Komputer. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Pekerja bergaji rendah yang menanggung sendiri sebilangan latihan kemahiran yang dihadiri, boleh mendapat bantuan sekurang-kurangnya S$300 (AS$225) dan sehingga S$1,500 sebulan mulai awal 2026.
Skim Bantuan Kemahiran Daya Kerja, yang kini menawarkan elaun bagi kursus pendek, akan diperluaskan dengan peringkat baharu yang menyasarkan latihan jangka panjang, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamed pada Jumaat (7 Mac)
Dipanggil Bantuan Kemahiran Daya Kerja (Level-Up), ia akan memberi pekerja bergaji rendah yang menampung sendiri latihan sambilan masing-masing, elaun bulanan tetap sebanyak S$300.
Pekerja yang menghadiri latihan sepenuh masa akan menerima elaun bulanan sekurang-kurangnya S$300, atau sehingga separuh daripada purata pendapatan bulanan mereka dalam tempoh 12 bulan yang tersedia.
Untuk melayakkan diri, pekerja haruslah warga Singapura berusia 30 tahun ke atas yang memperoleh purata pendapatan bulanan tidak lebih daripada S$3,000, antara syarat lain.
Ini bermakna, pekerja bergaji rendah boleh menerima sehingga S$18,000 setahun bagi latihan sepenuh masa, dan sehingga S$3,600 setahun untuk latihan sambilan – kenaikan ketara daripada elaun latihan yang disediakan buat masa ini.
Di bawah skim asas yang sedia ada, majikan mendapat bantuan gaji apabila pekerja menghadiri latihan, sementara pekerja yang menampung sendiri perbelanjaan kursus mereka akan mendapat elaun S$6 setiap jam.
Kursus jangka panjang - seperti Nitec, Higher Nitec, diploma, pascadiploma dan ijazah sarjana muda - menawarkan latihan yang lebih mantap dan peluang yang lebih besar bagi pertumbuhan gaji, kata Encik Zaqy.
Model skim tersebut berlandaskan program SkillsFuture Level-Up, yang menyediakan elaun kepada pelatih pertengahan kerjaya berumur 40 tahun ke atas. Sekalipun demikian, Bantuan Kemahiran Kerja (Level-Up) menawarkan perlindungan lanjutan, membenarkan sehingga 24 bulan sokongan sebelum mencecah usia 40 tahun dan tambahan 24 bulan dari umur 40 tahun dan seterusnya.
Ini kerana pekerja dalam pekerjaan bergaji rendah mungkin memerlukan beberapa pusingan latihan untuk beralih kepada peranan yang lebih rumit atau industri baharu, jelas Encik Zaqy.
"Bagi pekerja bergaji rendah untuk menggunakan dengan baik kemahiran mereka yang baru diperolehi, perniagaan juga mesti mengubah pekerjaan bergaji rendah bagi nilai tambah yang lebih tinggi dan memperhalusi proses mereka untuk produktiviti yang lebih tinggi," katanya. "Lantas, peningkatan kemahiran hanyalah separuh daripada persamaan tersebut."
Majikan sudahpun mula memanfaatkan huraian teknologi supaya pekerja boleh mengambil peranan yang memerlukan lebih banyak kemahiran dan mempunyai nilai yang lebih tinggi, jelasnya.
GAJI PROGRESIF
Mengenai pertumbuhan gaji, Encik Zaqy mengatakan bahawa gaji sebenar pada persentil ke-20 meningkat secara kumulatif sebanyak 5.9 peratus dari 2019 hingga 2024, mengatasi pertumbuhan 3.6 peratus pada tahap median.
"Ini bermakna walaupun kos sara hidup melonjak, gaji pekerja bergaji rendah kami meningkat lebih banyak lagi," jelasnya, sambil menambah bahawa ini juga telah membantu merapatkan jurang pendapatan antara pekerja bergaji rendah dan gaji median.
Kebanyakan pertumbuhan gaji dilihat sejak tiga tahun lalu, apabila Model Gaji Progresif diperluaskan untuk meliputi tiga lagi sektor dan dua lagi pekerjaan, kata Encik Zaqy.
Pemerintah kini sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan Model Gaji Progresif kepada sektor pengurusan serangga perosak, dengan rundingan jadual gaji selanjutnya dengan perikatan tiga pihak ditetapkan untuk dua tahun akan datang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.