Skip to main content

Singapura

Elak kesesakan pengangkutan awam; laksana waktu kerja berperingkat, benarkan kerja dari rumah

Majikan digalakkan untuk melaksanakan waktu kerja berperingkat dan membenarkan kakitangannya bekerja dari rumah untuk mengurangkan kesesakan dalam pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 May 2020 10:48PM Dikemas Kini : 27 May 2020 10:52PM

SINGAPURA: Majikan digalakkan untuk melaksanakan waktu kerja berperingkat dan membenarkan kakitangannya bekerja dari rumah untuk mengurangkan kesesakan dalam pengangkutan awam.

Kementerian Pengangkutan menjangkakan ramai orang akan menaiki bas dan kereta api apabila fasa pertama kelonggaran pemutus rantaian jangkitan COVID-19 bermula pada 2 hari bulan ini.

Dalam wawancara bersama Mediacorp, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min berkata walaupun risiko penularan masyarakat dianggap rendah,
langkah-langkah pengurusan pengangkutan awam yang selamat mesti dipatuhi.

Misalnya, penumpang harus memakai pelitup sepanjang perjalanan dan mengelakkan berbual di dalam bas dan kereta api.

Penumpang juga digalak melapor diri menggunakan kaedah SafeEntry dan aplikasi TraceTogether untuk pengesanan kontak.

Pengendali pengangkutan akan memainkan peranan dengan meningkatkan pembersihan dan pembasmian kuman.

Dr Lam juga berkata seberapa boleh, kekerapan khidmat kereta api dan bas akan ditingkatkan.

"Saya masih berpendapat para penumpang patut hanya melakukan perjalanan yang perlu sahaja dan majikan harus membenarkan kakitangan melakukan kerja dari rumah sebanyak yang mungkin. Dan jika mereka benar-benar mesti melakukan perjalanan,mereka harus cuba melakukakannya di luar waktu sibuk atau menggunakan kaedah lain pengangkutan," kata Dr Lam. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita