Eksport utama SG turun 9.8% pada April, lebih ketara dari yang diramal
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah kapal kontena berlabuh di terminal pelabuhan Pasir Panjang. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Eksport utama Singapura jatuh buat tujuh bulan berturut-turut pada April. Ini disebabkan oleh kemerosotan pada produk-produk elektronik dan bukan elektronik.
Menurut data oleh Enterprise Singapore pada Rabu (17 Mei), eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) merosot 9.8 peratus pada April berbanding bulan yang sama tahun lalu, melanjutkan penguncupan 8.3 peratus pada Mac.
Perangkaan terkini itu lebih ketara daripada ramalan tinjauan oleh Reuters iaitu penurunan 9.4 peratus.
Kemerosotan pada April disebabkan penurunan 23.3 peratus pada penghantaran barangan elektronik, berikutan penurunan 22.3 peratus pada Mac.
Litar bersepadu (IC), komputer peribadi dan produk media cakera menyumbang kepada kemorosotan paling banyak, dengan masing-masing merosot 21.1 peratus, 50.3 peratus dan 41.6 peratus.
Eksport barangan bukan elektronik merosot 5.8 peratus berikutan kemerosotan 4.8 peratus pada Mac.
Kemorosotan terbesar adalah bagi kimia utama, petrokimia dan penyediaan makanan, dengan masing-masing merosot 57.7 peratus, 32.8 peratus dan 27 peratus.
Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX naik 2.7 peratus pada April, berikutan pertumbuhan sebanyak 18.4 peratus pada Mac. Ia lebih tinggi daripada ramalan penganalisis iaitu penurunan tiga peratus.
NODX ke 10 pasaran utama Singapura turun pada April secara keseluruhan, bagaimanapun, eksport ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Korea Selatan meningkat.
Eksport ke China turun 20.9 peratus pada penghantaran petrokimia, farmaseutikal dan litar bersepadu yang lebih rendah.
Manakala eksport ke Malaysia merosot 35 peratus selepas penghantaran litar bersepadu, kimia utama dan peralatan khas turun.
Berdasarkan dari tahun ke tahun, perdagangan merosot 18.8 peratus secara keseluruhan, berikutan penurunan 8.6 peratus pada Mac.
Kedua-dua eksport dan import merosot sebanyak 18.1 peratus dan 19.5 peratus.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.