Eksport utama SG merosot 8.7% pada Jun; lebih buruk dari jangkaan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Eksport Singapura terus merosot bulan lalu, buat lima bulan berturut-turut.
Eksport domestik bukan minyak (NODX) untuk bulan Jun jatuh 8.7 peratus berbanding setahun yang lalu.
Eksport bagi kedua-dua produk elektronik dan bukan elektronik merosot.
Bagi eksport bukan elektronik, sektor emas mencatat prestasi paling buruk, merosot lebih 50 peratus berbanding setahun yang lalu.
Sektor jentera khusus dan persiapan makanan juga turut mengecut.
Produk elektronik untuk bulan Jun pula merosot 9.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ini sedangkan ia berkembang 19.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Data Enterprise SG menunjukkan, eksport bukan minyak ke pasaran utama secara keseluruhan merosot.
Namun sesetengah pakar ekonomi yakin eksport negara akan beransur-ansur pulih pada separuh kedua tahun ini.
"Jika anda teliti trend eksport elektronik Singapura berdasarkan purata bergerak untuk tiga bulan, ia perubahan yang cukup menggalakkan berbanding penyusutan dua angka yang kita saksikan sepanjang 2023.
"Malah, untuk bulan Jun, berdasarkan trend, ia masih berkembang," kongsi Chua Han Teng, pakar ekonomi bank DBS.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.