Eksport utama SG lonjak 15.7% pada Jul, bangkit daripada kemerosotan bulan sebelumnya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 15.7 peratus pada Julai, satu peningkatan daripada penguncupan 8.8 peratus yang disemak semula pada Jun.
Kedua-dua segmen elektronik dan bukan elektronik mencatat pengembangan, menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Jumaat (16 Ogos).
Peningkatan itu adalah yang pertama sejak Januari, apabila NODX naik 16.7 peratus.
Mengikut perbandingan tahunan, eksport produk elektronik bertambah 16.5 peratus pada Julai sedangkan angkanya merosot 9.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Produk-produk media cakera, peranti persisian komputer dan litar bersepadu lain paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan NODX elektronik, dengan produk media cakera melonjak 113.2 peratus sementara litar bersepadu naik 13.5 peratus.
EnterpriseSG tidak menyediakan perangkaan pertumbuhan tahunan bagi peranti persisian komputer lain, namun menukil "nilai asas rendah daripada tempoh sama pada tahun lalu" sebagai sebab pihaknya tidak berbuat demikian.
Produk bukan elektronik meningkat 15.5 peratus mengikut perbandingan tahunan pada bulan lalu, menyusuli penguncupan 8.6 peratus pada Jun.
Emas bukan kewangan (emas bukan kewangan merujuk kepada eksport dan import semua emas yang tidak dipegang sebagai aset rizab oleh pihak berkuasa), petrokimia dan mesin khusus paling banyak menyumbang kepada kenaikan tersebut, masing-masing melonjak 260.3 peratus, 28.1 peratus dan 8 peratus.
NODX pasaran-pasaran utama secara keseluruhannya tumbuh pada Julai, kecuali NODX yang berkurangan ke Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan, menurut EnterpriseSG.
Penyumbang terbesar kepada kenaikan NODX ialah Amerika Syarikat, Malaysia dan China, dengan eksport ke pasaran-pasaran ini masing-masing naik 28.9 peratus, 49.1 peratus dan 21.1 peratus.
Mengikut perbandingan tahunan, perdagangan tumbuh 13.7 peratus pada Julai, menyusuli kenaikan 1.2 peratus yang disaksikan pada Jun.
Kedua-dua eksport naik, masing-masing sebanyak 13.4 peratus dan 14 peratus.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.