Eksport utama SG jatuh 11.3% pada Ogos, lebih lemah berbanding ramalan Reuters
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura jatuh 11.3 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu, lebih lemah daripada yang diunjurkan oleh para penganalisis apabila eksport elektronik dan bukan elektronik merosot.
Tinjauan Reuters meramalkan kenaikan sebanyak 1 peratus, dan ini menyusuli kemerosotan sebanyak 4.7 peratus yang disemak semula pada Julai lalu.
Eksport produk elektronik merosot sebanyak 6.5 peratus daripada asas tinggi pada 2024, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Rabu (17 Sep).
Ini menyusuli peningkatan 2.7 peratus pada Julai lalu.
Produk media cakera, litar bersepadu (IC) dan komponen komputer peribadi masing-masing jatuh sebanyak 28.1 peratus, 7.4 peratus dan 36.9 peratus, menyumbang paling ketara kepada penurunan itu, menurut EnterpriseSG dalam satu kenyataan media.
Eksport produk bukan elektronik merosot sebanyak 13 peratus, selepas jatuh 6.7 peratus pada Julai.
Mesin khas, penyediaan makanan dan petrokimia merupakan penyumbang terbesar kepada penurunan itu, masing-masing merosot sebanyak 29.1 peratus, 51.4 peratus dan 23.2 peratus.
Eksport bukan minyak ke Indonesia, Amerika Syarikat dan China merosot pada Ogos, tetapi meningkat ke Kesatuan Eropah (EU), Taiwan dan Korea Selatan.
Walaupun mempunyai perjanjian perdagangan bebas dan mengalami defisit perdagangan dengan Amerika Syarikat, Singapura dikenakan kadar tarif 10 peratus oleh Washington.
Eksport Singapura ke Amerika Syarikat turun sebanyak 28.8 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu, berikutan kejatuhan 42.8 peratus pada Julai.
Eksport semula bukan minyak meningkat sebanyak 12.3 peratus pada Ogos, melanjutkan kenaikan sebanyak 22 peratus pada Julai, dengan kedua-dua produk elektronik dan bukan elektronik saling berkembang.
Eksport semula bukan minyak elektronik meningkat 21.8 peratus dari tahun ke tahun, selepas meningkat 28.9 peratus pada bulan sebelumnya. EnterpriseSG mengaitkan pertumbuhan itu dengan peningkatan eksport komputer peribadi, litar bersepadu (IC) dan peralatan telekomunikasi.
Eksport semula bukan elektronik meningkat sebanyak 1.4 peratus, lebih sederhana berbanding peningkatan 13.7 peratus pada bulan lalu.
Mesin khas, enjin dan motor bukan elektronik, serta farmaseutikal, memacu pertumbuhan tersebut, menurut EnterpriseSG.
Eksport dan import Singapura meningkat pada Ogos, dengan jumlah perdagangan meningkat sebanyak 3 peratus, dedah EnterpriseSG. Ini bagaimanapun merosot jika dibandingkan dengan pertumbuhan 8.2 peratus yang dicatatkan pada Julai.
Walaupun ekonomi Singapura menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada separuh pertama tahun ini disebabkan oleh eksport dan daya penghasilan untuk mengatasi tarif Amerika, pihak berkuasa memberi amaran bahawa pertumbuhan mungkin lebih perlahan pada separuh kedua.
Enterprise SG meramalkan pertumbuhan eksport bukan minyak antara 1 peratus hingga 3 peratus tahun ini, menyatakan bulan lalu bahawa ia menjangkakan sedikit kelemahan pada separuh kedua 2025.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.