Skip to main content

Singapura

Eksport utama SG bagi 2024 diramal tumbuh antara 4% hingga 6%

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pertumbuhan eksport utama Singapura pada 2024 mungkin mencecah "julat yang lebih rendah" berbanding unjuran 4 hingga 6 peratus setelah mengambil kira prestasi yang lebih buruk daripada yang dijangkakan pada suku pertama.

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot sebanyak 3.4 peratus pada suku pertama daripada asas tinggi setahun lalu, dengan sebahagian besarnya didorong oleh kemerosotan bukan elektronik, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Khamis (23 Mei).

Eksport domestik produk bukan elektronik menyaksikan penurunan 3.8 peratus pada suku pertama 2024 berbanding setahun lalu selepas mencatatkan pertumbuhan 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Penyumbang terbesar kepada kemerosotan produk bukan elektronik ialah farmaseutikal, struktur kapal dan bot, dan peralatan litar elektrik, menurut EnterpriseSG dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Bagi produk elektronik, eksport domestik menyusut sebanyak 1.6 peratus pada suku pertama 2024 berbanding setahun lalu, jika dibandingkan dengan kemerosotan 9.9 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Peralatan telekomunikasi, diod dan transistor serta bahagian PC menyumbang paling ketara kepada kemerosotan NODX elektronik.

NODX pasaran-pasaran utama secara keseluruhannya merosot pada suku pertama, meskipun NODX bagi pasaran China dan Hong Kong meningkat, menurut EnterpriseSG.

Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tahun ini antara 1 hingga 3 peratus, sedang ekonomi negara tumbuh 2.7 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama setahun lalu, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita