Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura naik 6.4% pada Apr; namun rentak pertumbuhan lebih perlahan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura tumbuh pada rentak yang lebih perlahan pada April, berkembang 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu selepas meraih pertumbuhan 7.7 peratus pada Mac.

Kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik mencatatkan peningkatan dan eksport ke sepuluh pasaran utama turut meningkat secara keseluruhannya pada April, dengan sSebahagian besarnya disebabkan oleh Taiwan, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (ESG) pada Selasa (17 Mei).

Eksport ke China, Hong Kong dan Korea Selatan bagaimanapun mengalami kemerosotan.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, NODX merosot 3.3 peratus pada April selepas jatuh 2.3 peratus pada bulan sebelumnya. Kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik turut merosot.

Berdasarkan penyesuaian musiman, paras NODX mencecah S$16.6 bilion pada April, lebih rendah berbanding S$17.2 bilion yang dicatatkan pada bulan sebelumnya namun lebih tinggi jika dibandingkan dengan paras yang dicatatkan setahun lalu.

NODX meningkat sepanjang tahun, sebahagian besarnya dipacu oleh penghantaran bukan elektronik. Eksport elektronik juga meningkat.

Jika dibandingkan dengan setahun yang lalu, NODX elektronik melonjak 12.8 peratus pada April selepas tumbuh 11.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Litar bersepadu, komponen litar bersepadu dan peralatan telekomunikasi masing-masing meningkat sebanyak 13.4 peratus, 94.2 peratus dan 25.4 peratus dan menyumbang besar kepada pertumbuhan NODX elektronik.

NODX bukan elektronik tumbuh 4.6 peratus pada April 2022 berbanding tempoh yang sama setahun lalu selepas bangkit 6.8 peratus pada bulan sebelumnya.

Jentera khusus, alat pengukur dan struktur kapal dan bot menyumbang paling ketara kepada pertumbuhan NODX bukan elektronik, masing-masing meningkat sebanyak 6.9 peratus, 18.4 peratus dan 305.6 peratus.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan