Eksport SG lonjak 24.2% pada Jul, dipacu permintaan kukuh berkait AI
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan kontena di terminal pelabuhan Pasir Panjang di Singapura pada 1 Jun 2026. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
- EnterpriseSG melaporkan eksport domestik bukan minyak Singapura naik 24.2 peratus pada Julai, didorong permintaan produk berkaitan AI.
- Eksport elektronik melonjak 112 peratus, dengan media cakera, komputer peribadi dan litar bersepadu mencatat pertumbuhan ketara.
- Eksport bukan elektronik menurun 2.3 peratus, terutamanya disebabkan kejatuhan eksport farmaseutikal, petrokimia dan sediaan makanan.
- Jumlah perdagangan barangan Singapura meningkat 38.6 peratus, dengan pertumbuhan eksport ke Amerika Syarikat, China dan Taiwan, tetapi menurun ke negara Kesatuan Eropah.
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 24.2 peratus pada Julai berbanding tempoh sama tahun lalu, sedang permintaan bagi produk berkaitan kecerdasan buatan (AI) kekal kukuh.
Demikian menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Isnin (17 Ogos).
Pertumbuhan pada Julai meneruskan kenaikan 20.8 peratus yang disemak semula pada Jun.
Data terbaharu itu dikeluarkan selepas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2026, menyusuli prestasi lebih baik daripada jangkaan dalam enam bulan pertama tahun ini.
Prestasi tersebut didorong oleh peningkatan perbelanjaan modal global berkaitan AI.
EKSPORT ELEKTRONIK LONJAK 112%
NODX elektronik melonjak 112 peratus pada Julai, berbanding kenaikan 105.1 peratus pada Jun.
Menurut EnterpriseSG, peningkatan itu disokong oleh permintaan kukuh berkaitan AI.
Eksport produk media cakera melonjak 339.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Eksport komputer peribadi (PC) pula meningkat 120.8 peratus, manakala eksport litar bersepadu naik 84.5 peratus.
Sebaliknya, eksport produk bukan elektronik merosot 2.3 peratus.
Kemerosotan itu dipimpin oleh eksport produk farmaseutikal yang menjunam 56.7 peratus daripada asas yang tinggi setahun lalu.
Eksport petrokimia dan sediaan makanan turut merosot, masing-masing sebanyak 22.5 peratus dan 17.9 peratus.
PERDAGANGAN KESELURUHAN NAIK 38.6%
Eksport semula bukan minyak meningkat 51.3 peratus pada Julai, selepas melonjak 60.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Pertumbuhan itu juga dipacu terutamanya oleh elektronik, yang meningkat 75.2 peratus.
Jumlah perdagangan barangan Singapura pula meningkat 38.6 peratus, selepas mencatat kenaikan 49.3 peratus pada Jun.
Jumlah eksport meningkat 40.6 peratus, manakala import naik 36.3 peratus.
Antara pasaran utama, NODX ke Amerika Syarikat, China dan Taiwan meningkat pada Julai, manakala eksport ke 27 negara Kesatuan Eropah merosot.
Jumlah perdagangan Singapura pada Julai mencecah S$168 bilion (AS$131.4 bilion).
Daripada jumlah itu, S$77.7 bilion merupakan import manakala S$90.3 bilion merupakan eksport.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.